CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10555|Reply: 10

Suri Rumah Didakwa Guna Darjah Kebesaran Tidak Wujud

[Copy link]
Post time 2-4-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato' - Dato' Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf pada dua keretanya, Jun tahun lalu.


Bagaimanapun, tertuduh, Suraya Ibrahim, 57, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato'-Dato' Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf di bawah Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (mencegah daripada disalah guna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/ 1977) dengan meletakkan pada dua kereta yang digunakan iaitu Mercedes Benz dan BMW.






Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kampung Bawah Lembah Bunut Payong di sini, pada 25 Jun 2022.


Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5B(5) Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977) yang boleh didenda tidak kurang daripada RM50,000 dan di penjarakan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Yusoff Abdullah.


Terdahulu, Abu Arsalnaa mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM70,000 bagi pertuduhan itu.


Muhammad Yusoff memohon mahkamah membenarkan jaminan paling minimum kerana anak guamnya tidak bekerja, mempunyai penyakit darah tinggi kronik, selain sudah berpisah dengan suami.


Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk serahan dokumen.




Sumber: HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak Mersedes kan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 05:29 PM | Show all posts
Kalau kau memang berkelas, ko tak payah try hard pun. Ko drive sendiri pun orang akan terjah, at least Datuk. Tak perlu pun pasang lencana bagai
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal kena pasang kat kereta?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Che Puan Datin Seri bila pula
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-4-2023 05:29 PM
Kalau kau memang berkelas, ko tak payah try hard pun. Ko drive sendiri pun orang akan terjah, at lea ...

Apa privilege letak lencana nih kat plate kerete?? Boleh bawa laju ke atau boleh elak disaman or boleh elak road block...
Mohon hapuskan lencana kat kereta nih Dan treat semua org pengguna jalanraya sama...
Cukup cukup lah dgn label b40, M40 Dan T20 nih...dah mcm kasta zmn moden plakkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 3-4-2023 12:55 AM
Apa privilege letak lencana nih kat plate kerete?? Boleh bawa laju ke atau boleh elak disaman or b ...

Sebab we are living in a society where titles matter. Kalau itu memudahkan hidup why not flaunt it katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Last week ada kereta wish pakai emblem2 gini kt kete dia.. main selamba parking tepi jaln kt area pasar seni pagi2 time org rush nk masuk opis.. ujung2 aku tgk dia bukak boot nak unload peket2 mee kering je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 10:28 AM | Show all posts
saya raja...Raja Kapor...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 01:20 PM | Show all posts
tak bekerja tapi pakai merc n bmw...
kete dah habis bayo kot..
taste tak nak kalah acik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:46 PM | Show all posts
Mesti dua2 Merc and Bimmer tu model lama. Kemain gigih nak show off. Dah la tak wujud
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.135839 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list