CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6734|Reply: 0

Pemandu Lori Didenda RM10,000 Pindah Kambing Tanpa Kebenaran

[Copy link]
Post time 2-4-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan 62 kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).


Majistret Ainis Abu Hassan Shaari membuat keputusan itu selepas tertuduh, Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.


Tertuduh juga berdepan hukuman penjara 20 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.


Mahkamah turut memerintahkan 62 kambing itu dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.




Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 62 kambing dengan menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah JPV Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar yang diberi kuasa olehnya.


Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Kota Bharu, Kuala Terengganu, Setiu jam 11.15 malam pada 13 Oktober 2022.


Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang mana diwartakan di bawah


Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.


Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa JPV Terengganu, Mohd Shahihan Mohd Tahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Sumber: BH ONLINE



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033277 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list