CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6895|Reply: 0

Lambang Hubungan Dengan Arwah Bapa

[Copy link]
Post time 2-4-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode


Sekumpulan pemuda Islam sedang berdoa di dalam sebuah bangunan kayu kecil di jalan sunyi di Cedar Rapids, Iowa.


Albert Aossey, 84, merenung gambar hitam putih yang diambil pada 1950-an dan dia turut dirakam dalam gambar itu.


Itu antara puluhan gambar yang dipaparkan di ruang bawah tanah The Mother Mosque of America. Ia adalah bangunan tertua yang dibina khusus sebagai masjid di Amerika Syarikat (AS).


Aossey mempunyai kaitan dengan bangunan berhampiran 9th Street dan M Avenue itu yang mana bapanya, Yahya antara pengasas masjid berkenaan.


Bapanya berhijrah ke AS dari Nabatieh yang kini dikenali sebagai selatan Lubnan pada tahun 1907, sebelum menetap di Cedar Rapids, Iowa, pada 1920-an.


Yahya yang menggunakan nama William di AS bergabung tenaga dengan segelintir umat Islam lain dari Levant untuk membina masjid pertama AS di Cedar Rapids itu.


Pembinaan masjid itu bermula pada 1929 sebelum siap pada 1934 itu turut mendapat pengiktirafan Pendaftar Kebangsaan untuk Tempat Bersejarah AS.


Mengimbau kembali sejarah masjid berkenaan, Aossey berkata, bangunan itu lambang hubungannya bersama arwah bapa tercinta.


"Bapa mengajar saya kepentingan kehidupan dan keluarga. Saya masih ingat setiap malam Khamis, akan ada kopi dan sandwic atau roti gulung atau donat.


"Seseorang akan membaca al-Quran selama setengah jam di tingkat utama. Kemudian mereka akan mengeluarkan kerusi dan meja bermain pinochle (sejenis permainan yang. menggunakan daun terup) sehingga jam 10 atau 11 malam," katanya kepada The National.







Masjid berkenaan berfungsi sebagai tempat berkumpul masyarakat Islam yang semakin berkembang sehingga 1970-an.


Pertambahan jumlah masyarakat Islam di kawasan itu menyebabkan bilangan jemaah bertambah sebelum masjid lebih besar dibina di lokasi lain di Cedar Rapids. Bangunan asal itu kemudian dijual.


Pada 1970-an dan 1980-an, bangunan itu menjadi pusat pelarian bagi warga Kemboja yang melarikan diri dari rejim Khmer Rouge dan kemudian dijadikan gereja Pentecostal, sebelum keadaannya menjadi daif.


Ia menyebabkan Imam Taha Tawil mengumpulkan komuniti Muslim untuk membeli semula bangunan itu menjadikannya semula sebagai masjid.


Tawil berkata, bangunan masjid berkenaan sangat sederhana kerana penduduk di kawasan itu tiada kemahiran seni untuk membina struktur berhias.


Beliau berkata, masyarakat Islam tetap di kawasan itu terdiri daripada penjaja dan pekerja ladang.


Katanya, masjid itu mempunyai dua tingkat dengan tingkat utama adalah ruang solat manakala kawasan kecil di belakang adalah tempat wuduk selain terdapat tangga sempit menghala ruang bawah tanah yang mana terdapat dapur, bilik mandi dan ruang tempat duduk utama untuk komuniti berkumpul.


Masjid berkenaan masih sama dengan bangunan yang dibina bapa Aossey hampir 90 tahun lalu.


Tawil yang berasal dari Baitulmaqdis berkata, beliau mendapat inspirasi membina semula masjid berkenaan sejak zaman kanak-kanaknya.


"Saya memikirkan sejarah dan generasi akan datang. Saya fikir kita perlu memelihara bangunan ini dan mengekalkannya," katanya.


Meskipun bandar Cedar Rapids menyokong masyarakat Islam yang kini berjumlah ribuan orang, masjid itu mengharungi tindak balas Islamofobia selepas serangan 11 September 2001 dan baru-baru ini, ketika Donald Trump menjadi presiden.


Beliau percaya masjid yang berdiri hampir satu abad itu adalah bukti hubungan mendalam umat Islam dan AS.


"Bangunan ini adalah entiti dan institusi Amerika. Kita perlu mengekalkannya supaya orang lain tidak boleh 'menghalau' mereka kembali ke negara asal. Ini negara kami dan bangunan ini bukti asal nenek moyang kami," katanya.





Sumber: HARIAN METRO











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.046270 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list