CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6558|Reply: 0

Lelaki Terbang Melayang Bersama Layang-Layang

[Copy link]
Post time 2-4-2023 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Satu klip video tular di media sosial China memaparkan seorang lelaki melayang tinggi di langit sambil menerbangkan sebuah layang-layang gergasi, lapor akhbar New York Post semalam.


Orang ramai ketawa sambil kehairanan melihat dirinya, namun lelaki itu kelihatan tenang semasa melayang di udara di kawasan pantai di bandar Tangshan.


Dia sesekali menjulang setinggi lebih 30 meter di sekeliling layang-layang lain.






Selepas mendarat di pantai, dia meluncur ke udara sekali lagi dengan berpaut pada tangkali tali layang-layangnya.


“Dia tidak membuat kesilapan (terbang). Dia melakukannya dengan sengaja,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Tao yang merakam video tersebut.


Tao mengusahakan sebuah kedai layang-layang.


Menurut Tao, rakannya itu bukan satu-satunya orang yang terbang bersama-layang-layang dan ia bukan hobi yang berbahaya.


“Tali layang-layang diperbuat daripada Kevlar dan kami menggunakan tali pinggang keselamatan semasa bermain, jadi tidak akan ada sebarang masalah.


“Sudah tentu hanya profesional bermain layang-layang seperti ini,” katanya. – Agensi




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040054 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list