CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17387|Reply: 0

[Sarawak] Dakwaan layanan kurang menyenangkan kakitangan JKM Bintulu disiasat: Fatimah

[Copy link]
Post time 1-4-2023 09:00 PM | Show all posts |Read mode


atimah (tengah) melihat koleksi peranti telefon pintar yang dijual di Chegu Aiman Kota Samarahan ditemani pengasasnya Aiman Abdul Hamid (kanan) dan ibunya.

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti sedang menyiasat dakwaan layanan yang kurang menyenangkan terhadap seorang klien oleh seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bintulu pada Jumaat.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sekiranya dakwaan tersebut berasas, maka beliau berharap ia dapat diselesaikan secara baik.

"Perkara ini masih dalam siasatan dan sekiranya didapati bahawa memang ada terlepas cakap, kita akan minta supaya perkara ini boleh diselesaikan secara baik. Yang penting, jangan ulangi lagi.

"Kita juga akan meminta pengadu supaya dapat ke JKM Bintulu dan selesaikan perkara ini dengan baik. Jikalau ada salah dan silap di pihak kakitangan kami, maka wajar kakitangan kami memohon maaf.

"Kalau mereka tidak tahu mengisi borang, biar kita isikan... tidak apa. Kalau salah mengisi butiran maklumat atau salah lokasi membuat permohonan, tugas kita adalah untuk membantu... ini yang selalu saya tekankan," ujarnya ketika diminta mengulas satu hantaran viral di Facebook mengenai isu tersebut selepas pelancaran Chegu Aiman Gadget di sini, hari ini.

Fatimah berkata, klien yang datang untuk berjumpa dengan JKM biasanya daripada golongan rentan dan memerlukan bantuan.

Pada Jumaat, pengadu memuat naik gambar yang menyatakan anak buahnya telah diarahkan oleh pihak hospital untuk ke pejabat JKM Bintulu bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, kakitangan berkenaan didakwa berkata: "Apa kitak minta bantuan tok. sik cukup makankah?"

Pengadu yang terkilan lalu menulis: "Jangan kelakar macam ya... lagik pun sik minta-minta pun, jangan sombong gilak. Kita sik tauk apa akan terjadi esok... maaflah bulan puasa tok berviral macam tok... kepada JKM Bintulu, jaga staf kitakorg ya."

Sehubungan itu, Fatimah sekali lagi menegaskan kembali bahawa pihaknya berpegang kepada prinsip agar kumpulan rentan dibantu, sejahtera dan mempunyai kewujudan yang bermaruah.

"Kita mahu setiap orang berasakan dirinya dihargai dan mereka ini ada harga diri dan ia perlu diserap dalam diri kakitangan kami dari kaunter sampailah yang duduk pegawai pembuat keputusan di peringkat tertinggi," tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050573 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list