CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15655|Reply: 0

[Sarawak] Program masak bubur lambuk KPN akan dilaksana di 132 lokasi di seluruh Sarawak

[Copy link]
Post time 1-4-2023 08:49 PM | Show all posts |Read mode


Aaron bersama Noridah (kiri) dan Dirwana (kanan) menggaul bubur lambuk pada Program Gerak Rahmah 2023: Jom Masak Bubur Lambuk, hari ini. Gambar Muhd Rais Sanusi
KUCHING: Program Gerak Rahmah 2023: Jom Masak Bubur Lambuk anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan dilaksanakan di 132 lokasi di seluruh Sarawak.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini termasuk penganjuran di tiga lokasi di kawasan Kuching termasuk di Kampung Samariang Batu, hari ini.

“Program sedemikian dilaksanakan untuk menyemarakkan lagi hubungan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” ujarnya ketika ditemui media pada Program Gerak Rahmah 2023: Jom Masak Bubur Lambuk di Dewan Kampung Samariang Batu di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Pengarah Perpaduan Negeri Dirwana Azool serta yang lain.

Menurut Aaron, sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk telah disedia untuk diagihkan kepada orang awam pada program hari ini.

“Di sini kita dapat melihat pelbagai kaum datang untuk menerima pemberian bubur lambuk.

“Ini sekali gus mencerminkan bahawa pemberian bubur lambuk bukan diagihkan kepada kaum Melayu sahaja, tetapi juga kepada kaum Cina, Iban dan lain-lain,” katanya.

Ditanya berapa jumlah penyediaan bubur lambuk untuk diagihkan di seluruh Sarawak sepanjang bulan Ramadan ini, beliau berkata kementeriannya menyasarkan sebanyak 92,000 bekas bubur lambuk.

“Jumlah ini adalah daripada 300,000 bekas bubur lambuk yang akan disediakan untuk orang awam di seluruh negara,” katanya sambil memberitahu, program sedemikian akan diteruskan pada tahun depan.

Untuk rekod, Program Gerak Rahmah 2023: Jom Masak Bubur Lambuk adalah program gotong-royong memasak dan mengagih bubur lambuk oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dilaksanakan serentak di seluruh negara hari ini dengan pelbagai aktiviti disediakan.

Ia melibatkan penyertaan lebih daripada 3,000 KRT atau 40 peratus daripada komuniti Rukun Tetangga (RT).

Antara aktiviti yang dijalankan ialah merewang dan gotong-royong penyediaan bubur lambuk pada sebelah pagi, manakala pada sebelah petang dilaksanakan agihan kepada kumpulan sasar dan orang ramai, Ziarah Rahmah dan Semarak Kasih Ramadan Bersama Komuniti Rahmah 2023.

Komuniti Rahmah merupakan satu daripada tiga kluster program di bawah Kerangka Malaysia Madani, Kementerian Perpaduan Negara iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan, dan Komuniti Rahmah.

Turut diadakan pada program tersebut ialah penyampaian sumbangan sebanyak 120 Bakul Rahmah kepada golongan asnaf yang terdiri daripada Persatuan Ibu Tunggal Kuching, Persatuan Saudara Kita atau mualaf dan wakil KRT.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.603643 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list