Ning ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Penyanyi lagu Curiga ini juga mengakui tidak membaca komen-komen di media sosial sebaliknya mengetahui kecaman sebegitu apabila dimaklumkan oleh peminat.
“Nasihat saya juga kepada peminat, jangan nak cepat marah tentang perkara itu. Lebih baik permudahkan sahaja urusan dan cakap Alhamdulillah.
“Kadang-kala ‘kebijaksanaan’ keyboard warrior ini pun diragui juga. Siapakah mereka sebenar?
“Saya tidak terasa pun apabila menerima kritikan begitu asakan ia tidak menutup periuk nasi. Saya hanya buat kerja saya dan menjadi diri sendiri,” ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang penampilannya yang kini lebih segar dan menawan, kata Ning dia amat gembira apabila dapat menurunkan berat barat sebanyak lebih 10 kilogram dalam tempoh empat tahun.
“Saya memang jaga pemakanan. Tidaklah terlalu berdiet sehingga tidak makan, cuma setiap apa yang diambil itu saya jaga.
“Jaga pemakanan bukan sahaja sebab nak kurus, tapi juga untuk nampak lebih segar. Saya memang rasa perubahan itu,” jelasnya.
Sumber: mStar