CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2342|Reply: 0

[Sarawak] Bergaduh di tempat awam, lelaki didenda RM600

[Copy link]
Post time 1-4-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang lelaki didenda RM600 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan bergaduh di tempat awam.

Manakala dua lagi tertuduh iaitu Darren Chong Kin Hong dan Presley Wayne Laja yang mengaku bersalah atas tuduhan sama masing-masing diperintahkan supaya dibebas dengan jaminan RM800 berserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan lanjut bagi mendengar laporan sosial kedua-dua tertuduh yang merupakan pesalah muda.

Darren, 19; Presley, 18, dan Salihin Nori, 44, kesemuanya dari Bandar Baru Permyjaya di sini telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, ketiga-tiga tertuduh didapati telah bergaduh di tempat awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat bersama pada jam 8 malam, 29 Mac lalu di Lorong 5 Quadruplex, Bandar Baru Permyjaya di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054095 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list