CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4197|Reply: 14

Kejadian Kamal Adli dipukul buatkan Nelydia Senrose trauma, keluarga bimbang jika keluar rumah tanpa teman

[Copy link]
Post time 1-4-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon Nelydia Senrose mengakui kejadian abang iparnya iaitu Kamal Adli diserang individu tidak dikenali di Singapura baru-baru ini memberi kesan mendalam sehingga menimbulkan rasa trauma terhadap dirinya dan keluarga.


Kata Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, lebih membimbangkan apabila suspek berkenaan mendedahkan mengenali ahli keluarga Uqasha Senrose yang lain.


"Saya dan keluarga memang trauma selepas kejadian itu. Sekarang ini kalau kami nak keluar ke mana-mana memang lebih berhati-hati dan tidak akan berseorangan.


  



"Dia (suspek) kata kenal ahli keluarga yang lain. Kami pun tak tahu apa motif sebenarnya. Mungkin dia sengaja putar belit cerita untuk lambatkan proses siasatan dan perbicaraan.


"Kejadian yang berlaku juga membuatkan saya faham perlukan seorang pembantu lelaki untuk mengawasi keadaan," katanya kepada mStar.


Nelydia ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran pereka fesyen Rizman Ruzaini yang berlangsung di Kuala Lumpur.


Berkongsi keadaan terkini Kamal, Nelydia memberitahu pelakon itu semakin pulih daripada kecederaan namun masih berhati-hati untuk keluar di tempat awam.


Dalam masa sama, Nelydia juga tidak mahu bercakap lanjut tentang abang iparnya itu kerana kes tersebut masih lagi dalam siasatan.


"Alhamdulillah kedua-duanya (Kamal dan Uqasha) semakin okey. Uqasha sudah mula bekerja namun sentiasa ditemani seorang pembantu.


  



"Mereka masih dalam keadaan terkejut sebab perkara ini baru sahaja berlaku. Mereka juga baru nak kumpul semula semangat untuk menjalani kehidupan seperti biasa,” kongsinya.


Berkongsi nasihat susulan kejadian itu, Nelydia menasihati orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga kerana perkara sama boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.


"Kita dah tak boleh nak fikir keadaan sentiasa selamat. Perkara macam ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja kerana malang tidak berbau. Dalam masa sama tak boleh juga terlalu berkongsi di media sosial.


"Selepas mendapat tahu kejadian itu, jantung saya bagaikan nak gugur. Otak dah mula fikir bukan-bukan sehingga terdetik akan kehilangan abang ipar," ujarnya.


Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang seorang lelaki tidak dikenali menggunakan cota ketika terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura sehingga aktor itu mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, wajah dan badan.


Mahkamah Singapura kemudian mereman suspek selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatrik di Institut Kesihatan Mental Singapura.




Sumber: mStar











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 07:07 PM | Show all posts
memang la trauma... berlaku dekat abang ipar sendiri kot...
nak2 maybe tahu hakak sendiri macam mana khen...
kak yong kawasan gittewww...

btw kes theyols ni senyap sunyi terus kan... memang betul orang atasan punya kerja gamaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:12 PM | Show all posts
ye lah....dulu semua berkicau

skrg semua senyap sempena Ramadhan

yg claim uqa buli dia tu pun senyap
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 1-4-2023 07:07 PM
memang la trauma... berlaku dekat abang ipar sendiri kot...
nak2 maybe tahu hakak sendiri macam mana ...

Kaka dud rase sape2 eh.. lama nak gossip psl kes ni. Tapi tup2 senyap tRos.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 02:22 AM | Show all posts
jambatannetizen replied at 2-4-2023 01:22 AM
Kaka dud rase sape2 eh.. lama nak gossip psl kes ni. Tapi tup2 senyap tRos.

hint dari ungka masa dia buat live haritu, orangnya kulit cerah, bertatu... taktau kenapa iols syak kerabat yang kena buang tu... yang tu pun kebetulan ada kes hempuk menghempuk orang
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-4-2023 02:22 AM
hint dari ungka masa dia buat live haritu, orangnya kulit cerah, bertatu... taktau kenapa iols sya ...

Tak dapat nak decode. Bagi hint lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 10:10 AM | Show all posts
msti ada yg tersirat dari kejadian tu.. smua ckp xtaw jer motif nya... xkn la kn.. suka2 org nk hempuk org kn.. sesuatu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 12:33 PM | Show all posts
apa cer kamal adli tu..
da balik mesia ker???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 02:45 PM | Show all posts
babelina replied at 3-4-2023 10:10 AM
msti ada yg tersirat dari kejadian tu.. smua ckp xtaw jer motif nya... xkn la kn.. suka2 org nk hemp ...

tu la terpikir benda yg sama. dlm ramai2 artis kenapa nak serang kamal. mcm dendam sgt ngan kamal tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 3-4-2023 02:45 PM
tu la terpikir benda yg sama. dlm ramai2 artis kenapa nak serang kamal. mcm dendam sgt ngan kamal  ...

Aku rasa nak balas dendam dekat Uqasha. Knowing Kamal background takde teruk mana. Uqa yang banyak story morry.

Tapi sian kamal, jodoh dgn Uqa. Dia pulak yg kena tempias.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-4-2023 02:22 AM
hint dari ungka masa dia buat live haritu, orangnya kulit cerah, bertatu... taktau kenapa iols sya ...

krbat mna kak duds....klau kerabat terbuang ngri j tu...rsa dh ninggal...alang something nama nya...ngri lain mcm xda krbt terbuang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:30 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 3-4-2023 02:51 PM
Aku rasa nak balas dendam dekat Uqasha. Knowing Kamal background takde teruk mana. Uqa yang banyak ...

knnn.. aku rasa kamal cam org biasa2 jer.. xde pula yg bkn2 gosip..klau bcinta mmg btl2 bcinta aku tgk..
tp tu la.. xtaw la uqa tu buat apa kn sampai kn jadi mcmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 3-4-2023 03:30 PM
knnn.. aku rasa kamal cam org biasa2 jer.. xde pula yg bkn2 gosip..klau bcinta mmg btl2 bcinta aku ...


Lesson dekat orang luar sana jgaaakk la. Kalau nak kahwin, make sure selidik bakal pasangan kita mcm mane. Aku rse mmg ada kaitan dgn org atasan, sbb tiberz berita ni senyap teRus.


Org takkan marah tanpa sebab. Apalah Uqasha    buat sampai org naik hangin camtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 09:19 AM | Show all posts
jambatannetizen replied at 3-4-2023 04:35 PM
Lesson dekat orang luar sana jgaaakk la. Kalau nak kahwin, make sure selidik bakal pasangan kita m ...

meaning uqa nie ada wat hal.. cam reject org atasan ker apa..scary la dorg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 09:54 AM | Show all posts
ke sebab tu kes kat sg sana. so berita kat sini tak sampai lagi ke? kena update dengan polis sg la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.113547 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list