CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3657|Reply: 12

Naim Daniel seronok tengok kemunculan ramai bakat baharu, tidak pernah anggap diri sudah senior

[Copy link]
Post time 1-4-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode


Kehadiran bakat baharu dalam industri hiburan tidak pernah menjadikan pelakon dan penyanyi Naim Daniel berasa bangga diri dengan pengalaman yang dimiliki sepanjang 19 tahun bergelar anak seni.


Kata Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, dia teruja apabila dapat bekerjasama dengan beberapa orang pendatang baharu antaranya Mierul Aiman dan Amir Ahnaf yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti televisyen.


"Sesetengah orang mungkin dia merasakan dirinya senior, tetapi saya tidak mahu jadi begitu. Saya selalu berdoa supaya tidak berasa diri ini bagus dalam industri.


"Saya perlu sentiasa cuba untuk menerima perubahan atau pendekatan baharu. Kita tahu program pencarian bakat remaja adalah satu platform yang bagus, sentiasa mencungkil bakat-bakat baharu.


"Lihat apa yang terjadi pada Mierul Aiman. Orang sebelum ini mungkin tidak berapa mengenalinya sebagai seorang juara program realiti, tetapi sekarang orang sudah nampak bakat yang dia ada," katanya kepada mStar.


  



Dalam pada itu, Naim turut berpendapat bahawa bakat-bakat baharu ini sewajarnya diberikan lebih banyak peluang dan bukan hanya dikenali menerusi beberapa drama atau filem sahaja.


Malah, Naim melihat kehadiran bakat baharu ini merupakan satu bentuk persaingan sihat dan tanda positif untuk industri hiburan tanah air.


"Kita kena buang stigma di mana bakat-bakat begini hanya ‘menjadi’ dalam satu dua projek dan kemudiannya hilang.


"Mereka perlu buktikan dan kita juga perlu beri ruang sebagaimana saya sendiri bagi ruang untuk diri saya belajar perkara baharu terutamanya lambakan pempengaruh media sosial. Kita perlu terima.


"Siapa tak boleh terima, dia kalah tau. Bagi saya, ia adalah satu persaingan yang sihat. Tak guna kalau kita saja rasa kita seorang yang bagus, tapi sebenarnya kita tak tengok lagi dunia luar. Jadi kita rugilah," ujarnya.


Pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta juga sempat memberikan nasihat kepada pendatang baharu untuk kekal berada dalam industri hiburan.


"Benda-benda yang 'one hit wonders' ni pun sebenarnya pelajaran juga. Kita tak nak tengok mereka ni seperti angin lalu, walaupun mereka pernah datang dengan naskhah yang power tiba-tiba senyap.


  



"Tapi kita belajar daripada situ apa yang boleh kita perbaiki. Mungkin daripada segi attitude kita, bukan saja dengan peminat, tetapi dengan pihak media pun. Tak rugi pun kalau kita sentiasa belajar," katanya.


Untuk rekod, Naim bergandingan bersama Mierul dan Amir dalam drama Projek High Council yang turut dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Yusof Hashim dan ramai lagi.




Sumber: mStar





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Alu respect gila budak ni…
Tak pernah bandingkan pengalaman dia dgn org lain … masing2 ada pace masing2 and dia made them feel welcome , utk semua yg baru dlm dunia lakonan ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dia da berlakon dr kecik.. mmg senior pun.. cume bab nyayian je msh merangkak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
La 26 ke..masih ingat dia muda remaja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko memang best terbaik Dak naim ayam budi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 1-4-2023 01:00 PM
La 26 ke..masih ingat dia muda remaja..

Musti dlm minda terigt dia ms kecik berlakon dgn  degawan tu kan?
Tp dia buat lagu pun quite good...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg berlakon dari kecik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:50 PM | Show all posts
beatgirlX replied at 1-4-2023 01:29 PM
Dia ni mmg berlakon dari kecik ke?

ye favourite pelakon sis ketuk2 dalam drama2 dia dolu2 untuk watak budak kecik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 02:01 PM | Show all posts
nordin84 replied at 1-4-2023 12:27 PM
dia da berlakon dr kecik.. mmg senior pun.. cume bab nyayian je msh merangkak lagi

takdelah merangkak kalau dah pernah menang AJL as a composer.

plus ada ijazah music composition. Umur je muda tapi achievement dia jauh lebih banyak dari penyanyi yang setakat menyanyi lagu orang je.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 1-4-2023 01:19 PM
Musti dlm minda terigt dia ms kecik berlakon dgn  degawan tu kan?
Tp dia buat lagu pun quite good. ...

Setuju kaka kebanyakan lagu dia buat berpuitis belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ok jah dengan sis naimah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 1-4-2023 02:01 PM
takdelah merangkak kalau dah pernah menang AJL as a composer.

plus ada ijazah music composition. ...

kire msh baru lagi la, xmcm berlakon dari kecik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
phalanx replied at 1-4-2023 01:50 PM
ye favourite pelakon sis ketuk2 dalam drama2 dia dolu2 untuk watak budak kecik

Dia berlakon citer apa?
X blh nak recall.. Yg ingat dia berlakon oku jd adik zara zya dulu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089937 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list