Sebuah pesantren atau sekolah pondok di Blitar, wilayah Jawa Timur masih mengekalkan tradisi mendirikan solat tarawih 'kilat' dalam masa kurang dari 10 minit untuk 20 rakaat beserta tiga rakaat witir.
Difahamkan, tradisi yang diamalkan di Pondok Pesantren Mambaul Hikam Mantenan itu sudah wujud sejak 1907.
Pengurus pondok, Dliya'uddin Azzamzami Zubaidi berkata, solat tarawih kilat itu dilaksanakan secara turun temurun bermula dari pengasasnya Kiyai Abdul Ghofur, sebelum diteruskan oleh anaknya, Kiyai Sulaiman Zuhdi dan seterusnya oleh Kiyai Zubaidi Abdul Ghofur.
Sumber Detik.com
Kiyai Abdul Ghofur menyedari lokasi pondok pesantrennya adalah di kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya bekerja sebagai petani.
Kesibukan penduduk kampung bertani dari pagi hingga lewat petang, membuatkan mereka enggan untuk bertarawih lama.
Pondok Mambaul Hikam merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran tertua di Blitar dan kini mempunyai ribuan pelajar dari seluruh Indonesia.
Post time 2-4-2023 09:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ooooo cerita asainya kiyai ni dok perati org kampung hat kija jadi petani ja malaih nak buat terawih lama2 sebab dah letih bertani dari pagi sampai ke petang noooo?
Tak dak sapa suruh hang buat sampai doploh pat rekaat kiyai bodo weii. Kalu lagu tu punya smayang beik toksah smayang. Kalu letih buat bamyak, buat dua rokaat saja culup lahhhhh. Witir tigaaaa. Lagi jimat masa kiyai wei. Bemda sunat hang pi buat lagu ni dah jadi dosa lein pulak paaa
Post time 2-4-2023 12:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Suchi at 2-4-2023 12:36 PM
krustykrab replied at 2-4-2023 10:21 AM
Dari duk baca mcm katun gitu..baik la ko baca al fatihah je tiap rakaat & buat 8 je. Kejap je habis ...
Kan.. iols buat 8 rakaat tu 3 witir kejap dah siap.Baca surah2 lazim yg biasa tu la.
Iols takde la wirid sambil rehat2 tu.
Takleh nk buat stop2 ni lelagi time ada baby kecik dulu.Baby pun letak depan mata tepi sejadah.
mak2 ni solat bergantung kpd mood anak pastikan selesai sblm siren berbunyi hihi
Post time 2-4-2023 11:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ngoknya. Takde toma’ninah ke? Amenda la solat macam burung patuk makan. Akhir zaman. Cukup2 la dah dipermudahkan solat qasar jamak. Yang solat tarawaih ni pun indon ni nak peleceh sampai macam ni sekali. Come on. Kata nak cari pahala, level tak pikir syurga tu mahal. Hmmm