CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4289|Reply: 0

"Mentaliti miskin pemalas!" - Lelaki maki jiran penghuni flat campak sampah dari atas sampai kereta kemik

[Copy link]
Post time 1-4-2023 07:36 AM | Show all posts |Read mode



"Mentaliti miskin pemalas!" demikian luahan kecewa dan marah seorang lelaki gara-gara tingkah laku jirannya yang tidak bertanggungjawab.


Setiap orang pasti ada batas dan titik maksimum dalam mengawal emosi serta perasaan marah.


Namun jika sudah sampai masanya, perasaan itu tidak mampu lagi dikawal hingga dizahirkan dengan kata-kata atau perbuatan.


Berdasarkan video yang dirakam, bumbung keretanya kemik dipercayai terkena bungkusan sampah yang dibuang dari tingkat atas sebuah perumahan pangsapuri.






Namun, lokasi kejadian tidak dinyatakan oleh pelayar tersebut.


Menurut mangsa, ini merupakan kali pertama dia berdepan situasi teraniaya seperti itu.


“Tengok tu (sambil merakam keadaan bumbung kereta).


“Aduh, habis kereta. Pertama kali kena macam ni. Memang b*d*h (penghuni) kawasan ni,” katanya.


Video itu kemudian dikongsikan semula di Twitter hingga mengundang kecaman ramai.


Rata-rata mengecam tindakan pelaku yang dianggap tidak bertamadun kerana membuang sampah merata-rata dan membahayakan keselamatan orang ramai dan harta benda.


Hantaran tersebut ditonton lebih 1.2 juta kali setelah disiarkan di Twitter.


Antara isu yang dibangkitkan ialah tahap kemalasan serta common sense pelaku hingga tergamak menyusahkan jiran-jiran sendiri.


“Orang pemalas pun mereka ada otak, tahu dekat mana nak buang sampah. Bukannya pakat baling je ikut tingkap.


“Ada beza malas ada otak dengan malas tak ada otak ni,” ujar beberapa netizen.






Selain itu, beberapa pelayar lain turut berkongsi foto menunjukkan situasi sama pernah dialami mereka sebelum ini.


“Tak semua macam ni tapi memang ada. Apabila cakap nanti tahu pula melenting. Aku pun b40 juga tapi pemikiran tak ada sampai tahap macam ni suka hati campak-campak dari atas.


“Memang penduduk PPR ramai pemalas, pengotor. Aku pernah kena. Lauk dibaling dari tingkat atas. Kereta aku habis calar, door visor patah semuanya,” komen netizen di Twitter.





Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.308815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list