CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20156|Reply: 54

[Tempatan] Saya sanggup gugur kandungan luar nikah tapi akhirnya diperdaya dan diceraikan – Bekas ratu cantik

[Copy link]
Post time 1-4-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 1-4-2023 12:35 AM

31 MAC 2023.
KUALA LUMPUR – Seorang bekas ratu cantik yang juga pelakon mendakwa diperdaya dalam perkahwinannya biar pun sanggup berkorban nyawa menggugurkan kandungan anak luar nikah sebelum ini.




Shakila Saiful berkata, dia menggugurkan janin anak kembar berusia sebulan itu pada awal tahun lalu walaupun pada awalnya enggan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Pemilik nama sebenar Nor Shakila Mohammad Saiful Islam itu memberitahu, dia melakukan perbuatan itu selepas dipujuk oleh keluarga suami dengan alasan fatwa di dua buah negeri menghalalkannya.

Sebelum itu dia dan suami berkahwin pada 22 Mei tahun lalu sebagai janji menggugurkan janin itu.

Namun, kata wanita berusia 27 tahun itu, pada 24 November tahun lalu, suaminya telah memfailkan cerai di mahkamah syariah iaitu kira-kira enam bulan selepas mereka berkahwin.

“Pada Januari tahun lalu, saya disahkan hamil hasil hubungan saya dengan suami saya yang pada ketika itu masih lagi merupakan teman lelaki saya.



“Dia sejak dari awal mengetahui mengenai kehamilan saya telah memujuk saya untuk menggugurkan kandungan tersebut malah kehamilan saya turut berada di dalam pengetahuan bapanya yang saya panggil walid kerana suami saya sendiri memaklumkan perkara tersebut kepada bapanya yang juga seorang tokoh agama bagi mendapatkan pandangan.

“Walaupun saya bertegas untuk tidak mengugurkan kandungan saya, suami saya telah memujuk dan meyakinkan saya perbuatan mengugurkan kandungan itu tidak haram dan beliau turut berjanji akan mengahwini saya selepas saya menggugurkan kandungan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.

Turut hadir peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman.

Shakila sebelum ini pernah memenangi gelaran Miss Lumiere International World Borneo 2021, Miss India Worldwide Malaysia 2018 (Miss Beautiful Skin) dan Miss Malaysia Kebaya 2017/2018.

Gelaran lain adalah Ratu Kebaya 2017, Ratu Cheongsam 2017 dan Miss Petite Malaysia World 2016 di tempat ketiga yang juga memegang kategori Miss Popularity.

Mengulas lanjut, Shakila memberitahu, selepas enam bulan berkahwin, dia telah mengalami keguguran.

Menurut doktor yang merawatnya, dia telah mengalami chemical pregnancy yang merupakan kesan kepada pembuangan kandungan pernah dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, lapan hari selepas mengalami keguguran, suaminya telah memfailkan penceraian di mahkamah syariah atas alasan tidak munasabah sama sekali.

Katanya, gara-gara tindakan suaminya itu, dia telah mengalami depresi yang sangat teruk sehingga pernah membuat cubaan membunuh diri sebelum ini.

“Saya tidak sangka saya akan diceraikan selepas lapan hari mengalami keguguran. Lebih menyedihkan selepas penceraian difailkan, suami dan keluarganya sudah tidak memperdulikan saya dan membiarkan saya menghadapi masalah ini seorang diri.

“WhatsApp dan panggilan telefon yang saya buat langsung tidak dibalas dan dijawab,” katanya


Shakila berkata, selepas terasa diabaikan, dia cuba berhubung dengan bapa mentua di media sosial selain turut meluahkan perasaannya dan menceritakan segala cerita sebenar termasuk penguguran bayi yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Sebagai tindak balas kepada tindakan saya cuba mengadu nasib kepada bapa mertua sendiri, saya telah diugut oleh individu-individu tidak dikenali.

“Saya sekeluarga juga turut menerima ugutan bunuh. Selain itu, terdapat juga video yang cuba memburuk-burukkan saya di Youtube yang dimuat naik oleh individu tidak dikenali.

“Selepas menerima ugutan dan kecaman tersebut saya telah melantik peguam bagi menasihati diri saya di mana setelah itu saya difahamkan bahawa fatwa yang dirujuk oleh suami saya dan bapanya tidak terpakai kepada saya yang mengandungkan anak luar nikah pada ketika itu,” ujarnya.


Shakila mengakui dia kini berasa tertipu dengan tindakan suami dan bapa mentuanya itu.

“Jika mereka tidak menyalahgunakan fatwa Perlis dan Pahang, sudah pasti saya tidak akan menggugurkan kandungan saya yang mana doktor sendiri mengesahkan saya mengandungkan anak kembar.

“Saya bukan sahaja kehilangan anak kembar saya tetapi saya juga telah keguguran bayi yang saya kandungkan selapas perkahwinan kami.

“Tujuan saya membuat sidang media ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk memberitahu kepada umum hal yang sebenar agar berhati-hati di dalam menerima pandangan agama daripada sesiapa pun kerana pada awal tahun ini saya dapati walid sekali lagi telah menyebarkan mengenai fatwa Perlis dan Pahang tersebut di dalam sebuah forum.

“Saya juga hendak sebarkan kefahaman bagaimana agama digunakan untuk kepentingan peribadi dan berhati-hatilah wanita di luar sana,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 01:24 AM | Show all posts
wow siapakah bapa mertua itu? jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi! Mentang2 la org tu jahil kannn…
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama hari tu berlegar kisah minah ni..
Klu google nama dia, keluarlah kisah dia dgn bapak mertua tu..fil kata ia satu fitnoh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 1-4-2023 02:03 AM
ujio replied at 1-4-2023 01:56 AM
Tak lama hari tu berlegar kisah minah ni..
Klu google nama dia, keluarlah kisah dia dgn bapak mertua ...


Fil dia setat yg ada title engku tu ke?

Edited. Dah gugel & betullah setat itteww
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda yg aq baca ni???pompuan ni born muslim ke revert???sapa pulak bapak mertua dia???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 04:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku google
Nmpak pempuan ni byk exposed psl pusat pemulihan

"Bekas ratu cantik dedah pusat pemulihan lebih teruk daripada penjara"
Tak jumpa pun siapa Pak Mertua dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk gelaran ratu cantik dia dpt rupanya.. ingatkan 1-2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jumpa nama bapa mentua dia tapi tetap aku xkenal penceramah tu, tpi tgk handsome juga bapa mentus dis
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:17 AM | Show all posts
who is yuhhh... macam ada dna pari pari dan tak sangka setat tu begitu yach...
very detailed sheols cerita siap sebut roh belum di tiup gittew...
tapi entah lah kenapa kaka ada rasa was was nak percaya bila ada dna pari pari ni...
mungkin sebab theyols kuat sembang kari...

btw bongok betul laki dan filnya pun... dah tahu anak tu bakal kahwin jugak yang ko suruh gugur dah kenapa... kahwin je lah dan sorok bini tu celah bucu katil... takde sape nak beredisi calculator bagai pun sebab sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawyer pun da mcm rock star. Da ko yg berzina smpi dpt anak luar nikah, nasib ko lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapakah bapa mertua dia dan suami dia yg menunggang agama ni?...jahatnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:47 AM | Show all posts
bagus.. cerita aje yang sebenar, jadi malu berjemaah, bukan kau sorang aje dik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
dasat sgguh 2023 ni ya...mcm2 cerita ada. sapa fil dia ni?? tak kenal even katanya tokoh agama.
2 negeri mana tu keluar fatwa tak haram gugurkan kandungan???
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 1-4-2023 04:49 AM
jumpa nama bapa mentua dia tapi tetap aku xkenal penceramah tu, tpi tgk handsome juga bapa mentus di ...

i gugel ustaz engku. Kalau salah jadi pitenah pulak… yg ex mckk ke, harap bukan laaaaaaaa…. bukan ustaz punkan asalnya. Asalnya loyer . Jadi ustaz sbb nak jual agama? at one time tu ramai kan org macam tu.

kalau i salah org nnt i edit post ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 1-4-2023 02:00 AM
Fil dia setat yg ada title engku tu ke?

Edited. Dah gugel & betullah setat itteww

Ustat Engku mana ni? Yg jadi defender amalan2 sufi bidaah & khurafat  tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Segala jenis keratuan dia ada yachhh.... Kebaya ada, Cheong Sam ada, Miss India. Tapi rupa tu kari agak pekat juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Google. Ada cite pasal pusat pemulihan bagai.
Kenapa rasa perempuan ni fishy sangat?
Mcm bodoh2 alang? Asik kene tipu bagai...

Mcm dia totally hidup dalam zaman lain..
Asik dia kene anaiya .asik dia kene tipu
Citer dia very the tabloid material

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Chemical pregnancy ada kena mengena ke dgn history dia gugurkan kandungan? Bukan selalunya pasal kromosom yg abnormal ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tak mustahil pun zaman skrg ni. ramai pompuan innocent jd mangsa jantan musang mcm ni  bukan pompuan je, laki bujang teruna pun ada yg kena panjat dgn janda tudung labuh nok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.073692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list