CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1878|Reply: 0

Keluarga Kekasih Dah Datang Merisik, Tapi Bunga Isme Belum Sedia Nak Kahwin

[Copy link]
Post time 31-3-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Empat tahun menjalinkan hubungan cinta, Bunga Isme akhirnya dirisik keluarga kekasihnya iaitu Amzar Sabri pada hujung Februari lalu.


Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, bagaimanapun belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.




IG




"Status sekarang di fasa merisik. Kami sudah kenal empat tahun dan keluarganya sudah datang merisik pada hujung Februari lalu.


"Kalau cakap soal perkahwinan, mestilah saya mahu ke arah itu. Namun ia tidak akan berlaku dalam masa terdekat atau tahun hadapan. Terus terang saya katakan belum bersedia untuk berkahwin.


"erkahwinan itu adalah sesuatu yang besar dan saya tidak mahu terburu-buru. Lagipun usia masih muda," katanya kepada mStar.


Penyanyi ini juga memberitahu dia kini lebih fokus untuk menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban dan kemudian merancang untuk memulakan perniagaan jenama tudung sendiri.


Katanya hasrat untuk tampil dengan koleksi sendiri sudah lama diimpikan namun terpaksa ditangguhkan dek kerana komitmen terhadap pelajaran.


"Ada banyak lagi perkara yang mahu saya buat selepas ini. Antaranya ialah memberi fokus kepada keluarga dan juga memulakan perniagaan sendiri. Saya mahu ada jenama tudung sendiri yang sesuai dipakai oleh semua wanita.


"Sebenarnya perancangan untuk memulakan perniagaan sudah lama, namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan sebab saya sibuk dengan kerja," ujarnya.


Bercakap tentang kerjaya seni dan sambutan Ramadan kali ini, Bunga memberitahu dia terpaksa mengurangkan tawaran persembahan kerana sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat.




IG




"Sekarang ini saya sedang praktikal dan disebabkan itu terpaksa tolak tawaran persembahan dalam tempoh waktu bekerja. Sepanjang puasa kali ini pun saya lebih senang untuk meluangkan masa bersama ibu di rumah.


"Kalau sebelum ini saya memang kurang aktif dengan muzik, jadi selepas tamat belajar nanti saya harap dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya, perniagaan dan juga muzik," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.087922 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list