Kenapa aku buka thread berkaitan dengan 8TV dan Nasional FM? Sebab aku rasa kedua-dua nie ada persamaan. Dulu Nasional FM nie Radio Muzik, radio nie pernah siarkan lagu-lagu dari Jaclyn Victor yang tak pernah tersiar dan terdengar dekat mana-mana macam cover lagu Seha, Jangan Merintih dan circle. Jaclyn rakam lagu nie dan bagi dekat radio kerajaan. Lagu yang jarang kedengaran dekat mana-mana stesen.
8TV juga, dulu meriah dengan American Idol, Malaysian Idol, OIAM, Desperate Housewife, sekarang macam suram jer stesen nie.
Semoga di masa akan datang dapatlah dikembalikan kegemilangan TV dan radio nie. Aku rindu zaman tu. Masa malam aku selalu tengok 8TV.
Begitu juga dengan Nasonal FM, kan bagus kalau Pilihan Bersama Radio Muzik tu dikembalikan balik. Mesti radio nie boleh popular balik. Dah masuk astro kan. Aku pun tunggu jugak kalau IKIM. FM dan Klasik.FM masuk astro. Dah lama request.
8tv tu sejak media prima ambik alih ntv7, tv9 dah tak import content2 US yg best2... now mcm target audience dia chinese urban semata...
since sekarang belambak streaming service, mmg tak tengok lgsg... nombor 8tv dekat astro pun jauhhh kat blkg khen
I sangat sukaaa local/original series 8tv dulu. Kami, Ghost, 5 Jingga. My fav of course la Ghost season 1 & 2. Cerita cina pun best2 ja dulu pastu hari Ahad pukul 3pm mesti ada Japanese series.
Even ntv7 pun best ja dulu. Weekend punya teledrama pun syok. Setiap raya tunggu cerita Markonah (Toll Gate Girl).
La cible démographique de 8tv s'est réduite aux Chinois urbains une fois que les médias ont pris le contrôle de ntv7 et que tv9 a cessé d'importer les meilleurs programmes américains.
Maintenant qu'il n'est disponible que via un service de streaming, je ne suis pas intéressé. Il n'y a pas de station 8TV à proximité d'astro.
Post time 11-7-2023 11:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ingat lagi dulu2 paling suka tgk 8tv quickie. Minat sgt dgn marion time tu. Dia team up dgn cina laki nama soo kui jien. Kui jien ni dulu hot sgt haha. Lps tu tukar host ganti dgn adam caruthers then henry holding. Lps tu ada talk show mlm2 yg jason lo tu mengacara. Best yg tu. Time tu yg kemudi ahmad izham omar kan so mmg gempak time tu. Gilmore girls, one tree hill semua dkt 8tv. Bestnyaa jaman dolu2