CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2793|Reply: 0

Lebih 70 Tahun Diisytihar Pupus, India Sambut Kelahiran Empat Anak Cheetah

[Copy link]
Post time 31-3-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode
India menyambut kelahiran empat anak cheetah, lebih 70 tahun selepas haiwan itu diisytiharkan pupus secara rasmi di negara itu.


Menteri Alam Sekitar India, Bhupender Yadav menulis ciapan dan menghantar foto serta video anak-anak cheetah itu di twitter, menyifatkannya sebagai "peristiwa penting".




India telah lama berusaha untuk memperkenalkan semula cheetah sejak beberapa dekad yang lalu. - Foto AGENSI




Perdana Menteri, Narendra Modi juga menyambut baik "berita yang luar biasa" itu.


Kesemua anak cheetah itu dilahirkan seekor cheetah yang dibawa masuk dari Namibia pada September lalu.


India membawa masuk lapan ekor cheetah dari Namibia sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan semula haiwan liar itu ke negara itu.


Kesemua anak cheetah itu dalam keadaan baik.


Malah, lebih banyak cheetah mungkin akan dilahirkan memandangkan seekor lagi cheetah sedang bunting sekarang.


India telah lama berusaha untuk memperkenalkan semula haiwan itu sejak beberapa dekad yang lalu.


Sebanyak 12 lagi cheetah dibawa ke India dari Afrika Selatan pada bulan lalu.


Sebelumnya, cheetah Asiatik boleh ditemui di India, namun haiwan itu disahkan pupus pada 1952 selepas ia kehilangan tempat tinggal dan diburu kerana bulunya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.606815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list