CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3250|Reply: 7

Pengetua Sekolah Letak Jawatan Terpedaya Dengan Elon Musk

[Copy link]
Post time 31-3-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Pengetua sekolah piagam Florida, di Amerika Syarikat (AS), Jan McGee meletak jawatan pada minggu ini selepas memindahkan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM442,100) kepada scammer yang berpura-pura menjadi Elon Musk.


Menurut stesen WESH, Orlando, Florida, McGee berulang kali diberi amaran bahawa individu yang berjanji melabur jutaan dolar AS ke dalam pusat pendidikan, Burns Science and Technology adalah berkemungkinan bukan orang kedua terkaya di dunia itu.


Ia selepas sekolah berkenaan memberikannya wang bayaran pendahuluan mencecah ratusan ribu bagi membuat pelaburan berkenaan.








Pengurus perniagaan sekolah itu dilaporkan mendapat berita tentang kesilapan McGee dan menghentikan pembayaran, tetapi ia gagal menyelamatkan kesilapan yang berlaku itu.


"Saya seorang wanita yang sangat bijak," kata McGee pada mesyuarat malam Selasa sebelum menawarkan untuk menyerahkan peletakan jawatannya, yang kemudiannya diterima oleh pentadbir sekolah. "Saya terpedaya kerana penipuan."


Pengetua itu mengeluarkan cek tersebut kepada seorang individu dipercayai sebagai orang kanan Musk, iaitu individu dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$192 bilion (RM848 bilion).


Di samping itu, terdapat rungutan lain turut ditimbulkan terhadap McGee pada mesyuarat tersebut selain daripada mendesak penyingkirannya.


Ini kerana dia dilaporkan tidak diberi kuasa untuk menulis cek lebih daripada AS$50,000 (RM221,000).


Pengerusi Lembaga Pengarah, Albert Amalfitano berkata, kesilapan dilakukan itu telah menyebabkan kredibiliti pengetua tersebut dipersoalkan.


McGee menerajui sekolah itu sejak ia dibuka pada 2011.


Burns Science and Technology dilaporkan mempunyai 1,000 pelajar dan memiliki senarai menunggu yang panjang.


Insitusi pendidikan yang bereputasi tinggi, Sekolah Oak Hill, Florida menyifatkan ia sebagai tempat yang memupuk 'pemikiran kritis, penyelesaian masalah bebas dan kemahiran komunikasi yang teguh."


US News and World Report menyebutnya sebagai sekolah menengah teratas di Volusia County.


Pada minggu ini, Elon Musk menyertai berpuluh-puluh pempengaruh dalam bidang industri teknologi dengan menandatangani surat terbuka yang meminta semua makmal kecerdasan buatan supaya menghentikan pembangunan teknologi yang terdedah kepada penggunaan tidak bertanggungjawab




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Come on laaaa...takkan la elon musk pm ko..guna la otak tu sikit..aduhai

Ko jer yg fefeeling ko tu smart lady.. tapi hakikatnya????
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodow cam macai Bosscow!

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni contoh woman always right... Lagi lagi kalau dia ada kedudukan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 03:57 PM | Show all posts
Ni mesti cengei kat sekolah padan muka kene scam. ekkekeke
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:51 PM | Show all posts
orang gila tak mengaku dia gila.

sama lah orang bodoh tak mengaku dia bodoh kan babi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 10:22 PM | Show all posts
kena tipu dengan nigeria ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 10:29 PM | Show all posts
Senang ditipu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.430944 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list