CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8260|Reply: 0

[Sarawak] MDLBS mahu kekang parkir haram kenderaan berat di Sibu Jaya

  [Copy link]
Post time 31-3-2023 05:53 AM | Show all posts |Read mode


Pihak berkuasa memeriksa lori yang diletakkan secara haram di tepi jalan di Sibu Jaya semasa operasi bersepadu pada bulan lepas.
SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain bagi mengekang parkir kenderaan berat secara haram di tepi jalan di kawasan perumahan Sibu Jaya, kata pengerusinya Sempurai Petrus Ngelai.

Beliau berkata, MDLBS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah menjalankan operasi untuk mencegah kegiatan meletakkan kenderaan berat secara haram pada bulan lepas.

“JPJ telah mengeluarkan notis kepada semua yang meletakkan lori mereka secara haram.

"MDLBS telahpun memperuntukkan tempat letak lori atau kenderaan berat di Sibu Jaya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

“Kami menggalakkan pemandu meletakkan lori di situ.

"Ada di antara mereka yang meletakkan lori mereka di sana, tetapi ada yang tidak, atas sebab mereka sendiri.

“(Tetapi) walau apa pun alasan mereka, MDLBS akan terus menggalakkan mereka meletakkan lori mereka di tempat letak kereta yang diperuntukkan,” tambahnya.

Terdahulu, beliau ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap pemandu kenderaan berat yang meletakkan kenderaan sewenang-wenangnya di tepi jalan di Sibu Jaya berikutan aduan yang dimuat naik dalam Facebook.

Aduan itu meminta pemandu lori ini meletakkan kenderaan di tempat letak lori yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, sambil menambah bahawa ia menyusahkan orang ramai khususnya ibu bapa yang perlu menghantar anak mereka ke sekolah pada waktu pagi.

Sempurai berkata, penguat kuasa MDLBS akan terus bekerjasama dengan JPJ dan polis untuk membendung lori yang diletakkan secara haram di tepi jalan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.385981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list