CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2598|Reply: 0

Damok tetap optimis hadapi GP Argentina

[Copy link]
Post time 30-3-2023 01:15 PM | Show all posts |Read mode

DAMOK sekadar meraih kedudukan ke-22 pada saingan Moto3 di GP Portugal Ahad lalu. – FB MTSHELMETS-MSI


PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman enggan menoleh ke belakang sebaliknya bertekad untuknya mengharungi pusingan kedua musim 2023 di GP Argentina minggu ini.

Pada perlumbaan pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Portugal, Ahad lalu, Syarifuddin yang terkenal de­ngan gelaran Damok memperoleh pengalaman berharga apabila menamat saingan di tempat ke-22 di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao.

Tegas Damok, perlumbaan pertama itu nyata memberikan pengalaman berharga buat diri­nya yang pertama kali menyertai saingan MotoGP secara semusim penuh.

“Ini adalah perlumbaan pertama saya di kejuaraan dunia, jadi saya perlu kekal positif dan berfikiran ke hadapan untuk memperbaiki diri. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dengan jentera baharu saya.

“Saya tidak akan berputus asa atau mengalah untuk berjuang sehingga ke pusingan terakhir. Seperti semua tahu, saya ada lagi banyak perlumbaan. Jadi, saya akan bawa semua pengalaman yang dikutip ke perlumbaan seterusnya di Argentina.

“Saya harap semua dapat doakan saya selamat bersaing dalam semua perlumbaan saya,” kata Damok yang mewakili pasukan MT Helmets-MSI yang melengkapkan saingan membabitkan 19 pusingan di Algarve dengan catatan keseluruhan 34 minit 57.030 saat.

Keputusan itu nyata berbeza dengan rakan sepasukannya dari Brazil, Diogo Moreira yang ­meraih penamat tempat ketiga pada musim keduanya dalam kancah saingan Moto3.

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... adapi-gp-argentina/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.093858 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list