CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13479|Reply: 32

Eizlan Yusof minta henti ‘body shaming’, tua & gemuk layak lakon filem aksi

[Copy link]
Post time 26-3-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Eizlan Yusof minta henti ‘body shaming’, tua & gemuk layak lakon filem aksi


Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak produksi memandang rendah dengan perubahan fizikal seseorang selebriti yang dikatakan sudah ‘gemuk’ dan meningkat usia.

Tahu dah tua dan gemuk, tapi…


Apa yang membuatkan aktor berusia 51 tahun ini kecewa apabila ada pihak menyatakan barisan pelakon ‘gemuk’ dan berusia sudah tidak layak menjayakan watak dalam pembikinan filem aksi.

Eizlan yang sudah berkecimpung dalam dunia perfileman sejak tahun 1994 berkata, tidak menjadi masalah untuk mereka menjayakan watak berkenaan asalkan dibimbing mengikut kemampuan semasa pelakon tersebut.

“Dah tua, yes.. dah gemuk, yes.. tapi boleh saja berlakon filem aksi ikut momentum semasa,”ujarnya.




Jangan terlalu dongak ke langit..


Dalam pada itu, Eizlan atau nama sebenarnya  Idris Md. Yusof turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak berbangga perbuatan mereka kerana berkemungkinan ia bakal berpatah balik kepada diri sendiri.

“Dalam hidup kita ini, jangan terlalu mendongak ke  langit kerana bimbang akan tersungkur rebah ke bumi.
“Sekadar pandangan daripada orang tua yang kerdil ini. Hentikan body shaming dan hormat antara satu sama lain,”pesan pelakon filem Town Hall.




Dalam perkembangan lain, Eizlan memberitahu filem Kerambit bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Terdahulu, isu ini menjadi panas di media sosial apabila pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan perkara sebenar mengenai ‘pengguguran’ nama pelakon aksi hebat, Datuk Aaron Aziz dari filem The Original Gangster disebabkan sudah berusia dan ‘gemuk’ selain risau akan tahap kesihatannya.

Sumber: TikTok @eizlanyusof
https://ohmymedia.cc

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2023 01:17 PM | Show all posts





kalau gemok buat la cita pasal org gemok ke pasal diabetes ke.. ni sikti2 filem2 gangster... datuk2 projek juta2.. cinta2 karat..
skali2 kluakan cita2 kesihatan ke kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2023 01:17 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by annadonna at 26-3-2023 01:29 PM

Asal asalnya bukan kes bodyshaming kan. Hanya conversation between sol and the producer pasal current body si aaron. Tapi bila dah mula bunyi bunyi kat media baru sol dedahkan conversation tu. Malulah aaron dan diyana halik. Ada ke patut hero kertu cucuk sana sini dikata tua dan gemokkk

Eizlan pun dah tua dan gemok. Mujur masih hensem dan muka tiada tanda kacip
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
annadonna replied at 26-3-2023 12:28 PM
Asal asalnya bukan kes bodyshaming kan. Hanya conversation between sol and the producer pasal curren ...

Betul tu.

Arong yg xpasal meroyan walhal baru dpt peluang casting call saja. Bukannya dah lock job pun. Malulah meroyan lagi merayu watak kecil pun xpe. Kalau benar Sol salah drop nama dia, saman lah.

Mamat ni cakap macam bbnu. Casting watak haruslah menepati kehendak produksi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 03:30 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 26-3-2023 02:44 PM
Betul tu.

Arong yg xpasal meroyan walhal baru dpt peluang casting call saja. Bukannya dah lock jo ...

casting call ke... iols ingatkan dah start sesi latihan, means dah lock the job la...

takpela... abam haron boleh try mat kilau 2 ke 3 ke pulekkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Otai masih berbisa.
Polident.


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 04:48 PM | Show all posts
masalahnya pelakon2 lain si polident tu hire untuk filem heshe pun dah tak larat... contohnya macam kek rol... angkat kaki sikit dah terpleot... baik dia pecat je semua pelakon dan bubarkan je filem tu... lagi bagus... sebab memang akan flop pun... genre yang so yesteryears... bahasa plak duk lu gua lu gua tak padan dengan pakai polident... yihhh... filem genre gangster ni paling banyak timbulkan persepsi dan pengaruh negatif pada masyarakat berbanding mentega terbang tu... so nak bagitahu filem si polident ni lagi hina dari mentega terbang... ahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 26-3-2023 02:30 PM
casting call ke... iols ingatkan dah start sesi latihan, means dah lock the job la...

takpela...  ...

Kalau dah lock job, ada contract. Ni training dan juga casting video. Arong ada sebut dia tak buat betul2 masa training tu sebab tak tau video diambil utk team pengarah tengok. Kalau tahu, dia buat betul2 katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2023 10:32 PM | Show all posts
Antara pelakon2 berbadan besar yg melakonkan watak gangster...yg penting tangkas..yg kurus digemuk kan pon ada..




Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanye dia team AA lah kan. Good.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak memnag layak.. No hal. Tp xde siapa yg ambil...
Kalau ada dah berderet hero tua dan gems di scene local.. ..
Kita bkn Hollywood or bollywood ke... Tak gitew?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu nama sebenarnya Idris...
Jauhnya jadi Eizlan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 09:33 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 26-3-2023 02:44 PM
Betul tu.

Arong yg xpasal meroyan walhal baru dpt peluang casting call saja. Bukannya dah lock jo ...

oooo yeke baru casting call? sebab AA cakap lagi sebulan nak shooting baru SOL gitau dia suh buat badan balik, suh cucuk bagai...takkan lagi sebulan nak shot baru nak buat casting?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
penjarasgbuloh replied at 27-3-2023 08:33 AM
oooo yeke baru casting call? sebab AA cakap lagi sebulan nak shooting baru SOL gitau dia suh buat  ...

Arong sendiri mention masa training tu video hantar ke team pengarah tengok and dari situlah dia kena drop. Also, tak ada sign contract maknanya job belum officially lock. Kalau benar dah lock casting, mestilah Arong boleh jadikan kes pi lawan kat court. Pelakon2 watak utama mesti ada sign contract.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 09:46 AM | Show all posts
telracs replied at 26-3-2023 02:50 PM
Baru tahu nama sebenarnya Idris...
Jauhnya jadi Eizlan...

I pun baru tau. Tak cukup commercial kekdahnya. Boleh je kot tukar jadi Eedrees ke Edreese ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:13 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 26-3-2023 02:44 PM
Betul tu.

Arong yg xpasal meroyan walhal baru dpt peluang casting call saja. Bukannya dah lock jo ...

Lah ye ke?? Tu dok bising mcm dah betul2 dah sign perjanjian bagai. Rasanya AA saja ambik kesempatan di saat nama sol tengah tak berapa nak wangi sekarang ni.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:16 AM | Show all posts
Raline replied at 26-3-2023 10:32 PM
Antara pelakon2 berbadan besar yg melakonkan watak gangster...yg penting tangkas..yg kurus digemuk k ...

Masalahnya AA ada masalah kesihatan. Slip disk tu bukan boleh wat main2. Silap2 boleh lumpuh nanti..Nak2 kalau buat aksi2 lasak.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:31 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 27-3-2023 09:46 AM
I pun baru tau. Tak cukup commercial kekdahnya. Boleh je kot tukar jadi Eedrees ke Edreese ke :lol ...

Deris pun ok pe
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 27-3-2023 10:16 AM
Masalahnya AA ada masalah kesihatan. Slip disk tu bukan boleh wat main2. Silap2 boleh lumpuh nanti ...

Ramai dan even retis pun asyik harp on tua and or gemok tapi xnak sentuh yg paling utama ialah arong ada masalah slip disc dan video masa training tu menunjukkan prestasi rendah. Pastu semua kutuk Sol aniaya Arong walhal belum lock job belum sign contract dan memang boleh je team penerbit decide tak nak sign pelakon. Semua emo lebih pasal Sol kahwin IK.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.115040 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list