CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10726|Reply: 79

"Perangai Macam Iblis Balik Tiga Pagi, Mabuk, Bau Arak, Keluar Dengan Jantan,"-Afiq Muiz Londeh Aib Isteri

  [Copy link]
Post time 30-3-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Afiq Muiz buka aib isterinya melalui Instagram,“Isteri kalau baik tak apa. Ini macam iblis balik tiga pagi, mabuk, bau arak, keluar dengan jantan."


Afiq mendedahkan perangai Pachara Apin itu selepas  didesak netizen di ruangan komen untuk menceraikan isterinya secara baik dan bukannya digantung tidak bertali selama dua tahun seperti dakwaan wanita itu.


Foto: IG




“Kalau sudah tidak ada jodoh, lepaskanlah dia (Pachara) baik-baik. Jangan gantung tak bertali,” kata seorang netizen.


Afiq berkata bukan mudah untuk dia membuat keputusan tersebut lebih-lebih lagi selepas mendakwa isterinya telah berlaku curang sehingga sukar untuknya menatap wajah wanita itu.




  



“Bukan mudah untuk buat keputusan dalam keadaan di duakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukakan hati."


Afiq juha menegaskan bahawa dia telah difitnah memukul isterinya, malah menyifatkan Pachara bukanlah wanita yang baik.


“Kepala otak kau pukul. Dia yang macam s*ndal keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk,” kata Afiq.




  



Setelah ditaburi dengan pelbagai fitnah oleh Pachara, Afiq mengakui mengambil keputusan untuk tidak menganggap wanita asal Ranau, Sabah itu bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya.


“Setelah fitnah-fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku."


Afiq juga menyatakan urusan perceraian akan diselesaikan di mahkamah.




  



  



Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, telah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.


Bagaimanapun, Afiq tidak memberikan kerjasama apabila gagal hadir ke mahkamah sejak Pachara memfailkan tuntutan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya.


Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga. –CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 10:52 AM | Show all posts
ai rasa tanjung motan akan dipenuhi retis
femli nih mmg kelihatan mental
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Saling melondehkan aib msg2
Dlm bulan Ramadhon
Netizen tumpang sekaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:58 AM | Show all posts
Musim londeh melondeh ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 10:58 AM | Show all posts
dia ni ke dulu ada kes jadi Si Tanggang? ke orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:01 AM | Show all posts
habeh tu, apesal ko tak lepaskan je dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
So ceraikan jela kalau dah benci sgt, ko plak nak hukum dia sampai gantung tak bertali? Biar Tuhan jela balas. Saja complicate things sebab dendam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 30-3-2023 10:58 AM
dia ni ke dulu ada kes jadi Si Tanggang? ke orang lain

Ya dia laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 11:06 AM | Show all posts
Meanwhile Eina Azman flips hair.. ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:15 AM | Show all posts
red flag gila adik abang ni
kaki cari gaduh lepas tu mulut macam hazabedah
sapa2 nak masuk family ni  hati2 je la.
time awal kentut pun wangi
lama2 semua aib keluar
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:15 AM | Show all posts
owh mualaf rupanya...

kira failed juga la kau nak membentuk isteri kau ni, masih bersosial sampai ke sudah...

ceraikan aje la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:16 AM | Show all posts
taji2906 replied at 30-3-2023 02:58 AM
dia ni ke dulu ada kes jadi Si Tanggang? ke orang lain

Tanggang mane? alamak susah nya aku nak decode
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu peelnya buruk serta menyampah jijik nk tengok muka xke rasa nk lpskn cpt2.. So that ko blh move on dgn jayanya.. Buat apa nk terikat sbg laki org bertahun2.. Bkn ke x rational begitu..

Dasar lelaki xguna.. Xnk lepaskn jela.. Ko dh bawak msk org tu msk islam pastu buat perangai gitu.. Grrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:23 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 30-3-2023 11:16 AM
Tanggang mane? alamak susah nya aku nak decode

kan dahulu kala emak dia tak merestui gitu relationship dia dengan datin paduka
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan bodoh! Tak suka cerai je la. Ketahian sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah nak cerai abis melondeh aib kat socmed...masa tgh syg elok je masing2  tutup...kentut pun wangi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2023 11:28 AM | Show all posts
kalau betui ada bukti bawa ke mahkamah
haaa gitu bak kata parit
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:36 AM | Show all posts
Dah macam tu serai je lah...buek apo nak pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:36 AM | Show all posts
ayukpingu replied at 30-3-2023 11:16 AM
Tanggang mane? alamak susah nya aku nak decode

circa 2014 katanya dia ni bercinta cintun ngan eina azman
sampai jadi anak derhaka
sebab mak dan adik beradik dia tuduh afiq ni bagi duit kat eina senduk
akhirnya eina senduk pon tak pilih dia sebab memang tak berduit

yang adiknya tu yang tunang sekejapan ngan Shafie Naswip, pastu sampai SN kena tahan sebab dituduh memukul dia

kesimpulan dedua adik beradik ni ada negative vibe
siapa dekat, harapan tipis
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah getik benor lepaskanlah ..nape nak biar gantung tali bertali.. dah tuuu urusan mahkamah tak bagi kerjasama pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.700070 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list