CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3874|Reply: 1

Adam Shahz Tak Kisah Suami Fatin Afeefa Selalu Muat Naik Video Dengan Anak Perempuannya

[Copy link]
Post time 29-3-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Adam Shahz menjelaskan dia tidak mempunyai masalah apabila suami bekas isterinya, Aliff Awang berkongsi mengenai perkembangan anak perempuannya di media sosial.


Adam berkata, lumrah individu yang berkahwin dengan mereka yang sudah mempunyai anak untuk mempunyai sikap bertanggungjawab itu.


Foto: IG




"Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana lumrah apabila seseorang yang sudah berkahwin bersama lelaki atau wanita yang mempunyai anak untuk menerima anak itu.


"Sekiranya saya juga bertemu dengan orang yang sudah mempunyai anak, maka saya juga perlu melakukan perkara sama. Jadi itu tak jadi isu kepada saya.


"Kadang kala ada netizen yang cuba untuk melaga-lagakan. Apa yang penting adalah saya tahu anak saya berada di tangan yang selamat," kata Adam kepada Harian Metro.


Sering memuat naik perkongsian di media sosial, video dimuat naik oleh pelakon Fatin Afeefa dan suaminya sering mengundang perhatian.


Sebelum ini, viral video yang mana Aliff mengajar Ivy mengeja dan membaca mengundang pelbagai reaksi.


Sementara itu, Adam turut meluahkan keterujaan dapat bertemu dengan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia selepas enam bulan tidak berjumpa.


"Alhamdulillah… Selepas enam bulan akhirnya saya dapat bertemu anak dan membawanya pulang ke kampung di Melaka. Ini kerana bila saya bertanya kepada Ivy, dia cakap rindukan kawan-kawan (sepupu) di kampung.


"Saya menunaikan permintaannya dan bawa Ivy pulang ke kampung selama empat hari. Pada mulanya dia pun terkejut apabila saya datang untuk mengambilnya.


"Dia tidak bertanya apa-apa dan saya pun mengambil pendekatan yang sama. Cuma saya katakan sibuk dengan kerja dan menerangkan secara baik kepadanya. Terima kasih saya ucapkan kepada peguam kerana dia yang menguruskan semuanya," katanya.


Terdahulu, Adam atau nama sebenarnya, Nor Shah Azli Abdol Ghani berkongsi dalam Instagram dapat meluangkan masa bersama Ivy selepas sekian lama memendam rindu.


Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, menetapkan semula tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa, 28, pada 17 April depan.


Lanjutan dibuat susulan bantahan difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 02:59 PM | Show all posts
muka anak dia sebijik mcm bapak dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.186177 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list