CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3249|Reply: 0

MotoGP: Oliveira terlepas aksi GP Argentina

[Copy link]
Post time 29-3-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

OLIVEIRA



LISBON, Portugal – Pasukan CryptoDATA RNF membuka kempen Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) melalui satu lagi detik kecewa selepas pelumba mereka, Miguel Oliveira disahkan tidak akan turun menyertai perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina pada hujung minggu ini.

Pelumba berkenaan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada Grand Prix (GP) Portugal Ahad lalu selepas dirempuh oleh Marc Marquez (Honda) dari arah belakang.

Meskipun pemeriksaan awal tidak menunjukkan kecede­raan serius, tetapi pemeriksaan lanjut kelmarin mendedahkan Olive­ira mengalami masalah pada bahagian kakinya sekali gus menghalangnya untuk berada dalam grid perlumbaan pusingan kedua minggu ini.

“Saya mengalami kecederaan kaki kanan yang bukan sahaja menghalang saya daripada berjalan, tetapi juga untuk menunggang. Kecederaan ini tidak memerlukan pembedahan, tetapi memerlukan waktu untuk pulih.

“Atas sebab ini, saya tidak akan menyertai perlumbaan GP Argentina. Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi soko­ngan kepada saya,” kata Oliveira dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Honda turut mengeluarkan kenyataan bahawa Marquez turut terlepas menyertai perlumbaan di Argentina selepas tangan kanannya retak akibat kemalangan tersebut dan bakal menjalani pembedahan susulan.

Dalam pada itu, RNF turut mendedahkan pihaknya tidak mengantikan mana-mana pelumba dan itu bermakna hanya Raul Fernandez akan berada di grid perlumbaan bersama dua lagi pelumba pasukan utama Aprilia iaitu Maverick Vinalas dan Aleix Espargaro. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... -aksi-gp-argentina/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.247427 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list