View: 4074|Reply: 2
|
Isteri Orang Kampung Takut Pindah KL, Perit Mula Hidup Di Bandar "Kita Tak Akan Selamanya B40!"
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dibelenggu masalah kewangan hingga menjejaskan masa depan kerjayanya sebagai penjawat awam.
Menerusi hantaran di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini oleh individu dikenali sebagai Khairul Fadzillah, dia menceritakan semula kisah diluahkan isterinya mengenai masalah salah seorang rakan sepejabatnya.
"Isteri saya kerja sebagai kerani dekat sebuah pejabat kerajaan untuk uruskan hal-hal penempatan lantikan staf baharu. Jadi hari tu ada seorang wanita hubungi dia, beritahu sepatutnya kena lapor diri dekat satu sekolah di bandar di Johor Bahru.
"Wanita ni dari kampung, dah berkahwin ada seorang anak kecil. Dia beritahu ada masalah tengah tak ada duit langsung untuk buat kos perbelanjaan lapor diri. Dia cerita suami dia sekarang kerja ambil upah ikut orang kerja bertukang.
"Ada kerja ada gaji. Jadi dia sekarang dilema sama ada nak lapor diri atau tidak," kata Khairul mengimbas semula apa yang diceritakan isterinya.
Foto: The Star
Akui bersimpati dengan nasib dialami wanita berkenaan, Khairul berkata hal yang sama mengingatkan dia tentang kesusahan dialami pada awal alam perkahwinannya dengan isteri.
Menceritakan situasinya, ujar lelaki ini, isterinya turut pernah berada dalam situasi sama.
"Isteri saya dulu takut nak berhijrah ikut saya ke bandar. Takut tak mampu nak survive. Masa tu saya kerja sebagai kerani bergaji kecil. Pernah juga rasa dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
"Kalau ikut rasa tak cukup, memang rasa tak akan cukup untuk bawa isteri duduk sekali dengan saya dekat Kuala Lumpur sebab kena sewa rumah.
"Saya bersyukur berkat nasihat mak mentua, saya berjaya yakinkan dia untuk ikut pergi ke ibu kota," ujarnya.
Tambah Khairul kira-kira dua tahun pertama sebagai pasangan suami isteri, mereka berdepan dengan keperitan hidup.
Ujarnya, dia akan bersedih sehingga mengalirkan air mata setiap kali mengimbas kembali kisah isterinya terpaksa pecahkan tabung simpanan wang kertas RM5 yang dikumpul selama ini.
Namun, setelah memasuki tahun kelima usia perkahwinan, kehidupan mereka bertambah baik.
"Tahun lalu isteri pun dah dapat kerja tetap. Kami dikurniakan rezeki dua orang anak perempuan yang comel. Kehidupan sekarang taklah mewah tapi cukup untuk hidup selesa.
"Jadi, kepada suami isteri yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan lemah semangat. Jangan takut untuk berhijrah. Ada peluang pindah tempat baharu.. berhijrahlah.
"Semoga ada sinar kehidupan di tempat baru. Kepada isteri tercinta, terima kasih atas segalanya. Semoga kita sentiasa tabah hadapi sebarang cabaran dan ujian.
"Akhir kata, kita tak akan selamanya (dalam golongan) B40!" ujar lelaki itu. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanah wal rahmah versi ramadhon al mubarak. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, setelah memasuki tahun kelima usia perkahwinan, kehidupan mereka bertambah baik.
"Tahun lalu isteri pun dah dapat kerja tetap. Kami dikurniakan rezeki dua orang anak perempuan yang comel. Kehidupan sekarang taklah mewah tapi cukup untuk hidup selesa.
stabil sebab bini dapat keje tetap… jangan nanti kotey ko membirah, sudah… |
|
|
|
|
|
|
| |
|