CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3333|Reply: 7

[Politik] Macam zoo, Yang Dipertua Dewan Rakyat tegur Wan Ahmad Fayhsal

  [Copy link]
Post time 29-3-2023 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 29-3-2023 01:26 PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berhubung dakwaan usul yang dikemukakan ditolak.

Beliau juga mengingatkan para wakil rakyat agar tidak membuat pihak lain melabel Dewan Rakyat sebagai ‘zoo’ dengan menjaga tertib.

“Yang Berhormat dalam Dewan ini, semua sekali, benda ini (peraturan mesyuarat) sepatutnya jadi makan minum kita dalam Dewan.

“Tak perlu banyak, kuasai (peraturan) 35, 36, 37, 41, 42, 43, 44, 98, 99A. Yang Berhormat yang baharu, itulah yang perlu dikuasai.

“Tapi kadangkala manusia ni, benda dah tahu, kata tak tahu. Saya faham, ini politik, ditayangkan langsung, jadi berhadlah. Jangan di luar sana mengenali Dewan ini sebagai zoo. Itu menyedihkan,” katanya.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal tidak berpuas hati dengan jawapan balas daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan meminta cadangan saluran lain untuk beliau mendapat penjelasan berhubung isu tersebut.

“Soalan saya pagi tadi kepada Perdana Menteri juga ditolak. Saya nak minta petua, apakah saluran lain yang boleh saya bawa untuk Kementerian Luar Negeri menjelaskan kepada kami apa yang berlaku di Arab Saudi pada minggu lalu?” soalnya.

Wan Ahmad Fayhsal menjadi ahli Parlimen yang lantang membangkitkan persoalan berkenaan lawatan rasmi perdana menteri ke Arab Saudi baru-baru ini.

Beliau menyifatkan lawatan tersebut gagal dan menjatuhkan maruah negara kerana perdana menteri ‘gagal’ mengadakan pertemuan empat mata bersama pimpinan negara itu.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2023 10:08 AM | Show all posts
Siapa tak kenal Mat jargon pujaan walauns...

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 01:02 PM | Show all posts
padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 02:08 PM | Show all posts
tengok muka pn tahu bodo
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 02:10 PM | Show all posts
dia ini gorgon kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2023 02:47 PM | Show all posts
macam mana dia ni ada tertiary education? Asyik suruh print duit. Seriously, childish overzealous nincompoop. Buat Dewan yang mulia macam tempat dia sign surat recommendation
The most entitled idiot ever.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2023 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jadi bodoh bila PMX n Raja Saudi tak berjumpa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.076587 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list