CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4980|Reply: 0

[DUNIA] Saintis jumpa takungan air di bulan

[Copy link]
Post time 29-3-2023 06:33 AM | Show all posts |Read mode
Saintis jumpa takungan air di bulan


SAINTIS menemui takungan air di bulan. FOTO AFP.

Washington: Sekumpulan saintis mendakwa mereka menemui 'takungan' air baharu di bulan.

Berbilion tan air yang tersebar di seluruh permukaan bulan boleh digunakan oleh angkasawan yang berhasrat untuk pergi ke bulan dan menggunakannya sebagai pangkalan untuk menuju lebih jauh ke dalam sistem suria.

Portal Independent melaporkan, penyelidik mendapati, tanah yang terkumpul dan kembali dari Chang'e 5, pendarat bulan China, turut meliputi serpihan manik.

Manik itu dipercayai daripada takungan air.

Walaupun terdapat lebih sedikit air berbanding di Bumi, kebanyakan permukaan bulan dianggap mengandungi sedikit air.

Tetapi masih terdapat beberapa ketidakpastian mengenai bagaimana air itu berfungsi sebaik saja ia berada di bulan.

Kajian terdahulu mengenai tanah di permukaan bulan tidak dapat menjelaskan bagaimana atau di mana air itu disimpan.

Oleh itu, penyelidik percaya pasti ada beberapa penjelasan lain mengenai bagaimana air disimpan.

Kini penyelidik percaya takungan boleh menjadi manik kaca yang boleh menampung berbilion tan air.

Manik kaca itu dihasilkan apabila meteoroid melanda bulan, memuntahkan titisan cecair panas kemudian menjadi pepejal dan bergabung dengan habuk di bulan.

Ia kemudian berfungsi sebagai span, menyerap air dan menggerakkan kitaran air di permukaan bulan.

Saintis kemudian mencadangkan, ia bukan saja menyimpan air itu tetapi juga melepaskannya ke angkasa.

Secara keseluruhannya, ia boleh menyimpan sebanyak 270 bilion tan air, kata penyelidik.

Penemuan itu diterangkan dalam penerbitan terbaru Nature Geoscience.

Penemuan itu mungkin berguna kepada pelbagai agensi angkasa yang merancang untuk membina habitat manusia di bulan, tetapi perlu mencari cara yang mampan untuk mengumpul air dan sumber lain untuk berbuat demikian.

Selain membenarkan penyelidikan yang lebih baik di bulan, habitat sedemikian boleh berfungsi sebagai pangkalan untuk misi ke Marikh.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... kungan-air-di-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list