CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10273|Reply: 0

[Sabah] Kabel bawah tanah rosak punca gangguan

[Copy link]
Post time 28-3-2023 09:48 PM | Show all posts |Read mode


IDRIS
KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Kawasan Tebobon dan  Sepanggar Menggatal pada malam Ahad 26 Mac lalu adalah berpunca daripada kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Idris Mohd Noor berkata, hasil daripada analisa pasukan teknikal SESB yang melakukan pencarian punca gangguan mendapati terdapat kerosakan kabel bawah tanah yang disyaki terkesan daripada pembesaran jalan di kawasan tersebut.

“Kabel milik SESB disyaki termampat akibat daripada kerja-kerja pembesaran jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SESB kini di dalam tindakan untuk menaik taraf sistem pembahagian bekalan elektrik dari Pencawang Pembahagi Utama Menggatal untuk meningkatkan daya harap serta mempercepatkan kerja-kerja pemulihan bekalan di kawasan tersebut.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066812 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list