CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3356|Reply: 0

Remaja 14 Tahun Rungsing Cari Kasut Sebab Kaki Besar Gedabak! Terpaksa Pakai Saiz Kecil Sampai Kaki Melecet Dan Kuku Susah Tumbuh

[Copy link]
Post time 28-3-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Seorang remaja lelaki di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS) yang memiliki ketinggian 208 sentimeter (6 kaki 10 inci) merayu bantuan orang ramai untuk mencari kasut yang sesuai dengan saiz kakinya.


Mirror UK melaporkan, Eric Kilburn Jr, 14, terpaksa memakai kasut saiz 22 yang terlalu kecil untuk kakinya sehingga mengakibatkan dia kesakitan, melecet dan kukunya sukar tumbuh.


Ibu remaja tersebut, Rebecca, 36, merayu bantuan orang ramai untuk mencari kasut saiz 23 untuk anaknya. Pencarian itu terbukti sukar memandangkan purata saiz kaki lelaki AS ialah 10.5.


Foto: Rebecca Kilburn




Bagaimanapun, pencarian itu akhirnya membuahkan hasil apabila syarikat pengeluar kasut, Puma dan Under Armour bersetuju mereka bentuk kasut bersaiz 23 khas untuknya.


Bercakap kepada laman berita Hometown Life, Rebecca berkata, anaknya masih membesar dan bernasib baik kerana tidak menghadapi masalah kesihatan.


Keluarga itu sudah sekian lama bergelut mencari kasut yang padan dengan Eric. Ketika gred tujuh, remaja itu sudah memakai kasut saiz 17.


Dia terpaksa memakai selipar Crocs selama dua tahun kerana tiada pilihan lain untuknya. Keluarga itu menerima banyak sokongan dan bantuan selepas kisah mereka didedahkan oleh saluran berita tempatan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.045718 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list