CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3477|Reply: 4

Rosyam Nor Jual Kambing Perap Dengan Sos Korea Hot Dan Spicy

[Copy link]
Post time 27-3-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Rosyam Nor tampil dengan produk terbaharu, Rosyam Kambing Perap dengan sos Korea Hot dan Spicy.


Kata pelakon dan usahawan itu, daging kambing menjadi pemilihannya atas kehendak pasaran semasa dan nama sendiri digunakan pada produk tersebut susulan ‘branding’ yang sedia kuat.




IG




“Saya sebelum ini turut bersama-sama membangunkan ST Rosyam Mart. Syukur, sebab jenama ‘Rosyam’ itu sendiri sudah kuat. Jadi nama sama digunakan untuk Kambing Perap ini.


“Pembeli pun akan mudah ingat dan faham. Ini Rosyam punya. Malah nama ‘Rosyam’ ini saya sudah trademark kan. Kita sudah daftarkan,” katanya kepada MH.


Mengulas mengenai produk tersebut, Rosyam akui sebagai penggemar daging kambing, dia cuba mencari kelainan demi memberikan pengalaman hidangan terbaik buat pelanggan.




IG




“Saya tidak mahu bercakap mengenai apa kelebihannya. Akan tetapi kita mempunyai semua sijil yang diperlukan oleh pasaran dalam dan luar negara, sekaligus menjamin akan kualiti dan cara penyediaannya.


“Kita boleh jamin daging kambing yang ‘juicy’ dan harga berpatutan. Selain itu, Korean Sos yang dihasilkan juga ialah yang pertama seumpamanya di negara ini.


“Sebab sekarang ‘demam’ kpop dan karya Korea Selatan, jadi saya terfikir mengapa tidak untuk menghidangkan sesuatu yang pasti digemari ramai orang.


“Kita juga melihat kepada trend dan insya-Allah selepas ini pelbagai produk makanan lain akan dikeluarkan daripada semasa ke semasa.


“Untuk bulan pertama pengeluarannya ini, kita sasarkan sekitar 30,000 paket dapat dijual minimum dan saya percaya, kuantiti ini akan bertambah memandangkan sekarang Ramadan.


“Jadi permintaan itu mungkin bertambah dan alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Siapa tahu jika ada rezeki, ia boleh cecah sehingga sejuta paket dalam tempoh sebulan?” katanya lagi.




  



Sebungkus Rosyam Kambing Perap mengandungi tiga keping kambing perap seberat 600gm dan dijual pada harga RM43.90.


Namun, istimewa ramadan ini Rosyam Kambing Perap ini dijual pada harga RM39.90 sahaja dan romosi ini sah dari 1 Mac hingga 9 April 2023.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape letak rosyam
Letakla danish..
Danish kambing perap
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:15 PM | Show all posts
lagi sedap dari kambing perap mamasabariah yang perap ikan paus belakang rumah tu ke (read jumlah berapa tan berat kambing yang heshe claim heshe perap)?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 02:37 PM | Show all posts
petang ni nak masak kambing perap pakmat western
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 04:00 PM | Show all posts
iols x kuasa nk support dia ni sejak tahu dia penjilat jibun n merendah2kan perempuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040686 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list