CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3228|Reply: 6

Tempoh Puasa Paling Lama Tahun Ini

[Copy link]
Post time 27-3-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Lebih satu bilion umat Islam mula berpuasa Ramadan yang bermula sama ada Khamis atau Jumaat lalu.


Menurut Al Arabiya News,




Tempoh berpuasa setiap negara adalah tidak sama disebabkan variasi tempoh siang dan malam berdasarkan kecondongan bumi dan kedudukan antara bumi dan matahari.


Tahun ini, tempoh berpuasa adalah antara 10 hingga 18 jam bergantung kepada lokasi geografi.




Gambar hiasan




Di negara yang terletak berhampiran Garis Khatulistiwa, tempoh puasa lebih singkat dan semakin jauh negara dari garis ini, maka semakin lama tempoh umat Islam berpuasa.


Secara purata, tempoh puasa adalah antara 14 hingga 15 jam. Di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar, umat Islam di negara ini akan berpuasa kira-kira 14 jam sehari.


Berikut adalah negara dengan tempoh puasa Ramadan paling panjang dan paling pendek untuk 2023:




TEMPOH PUASA PALING LAMA


1. Nuuk, Greenland: 18 jam


2. Reykjavik, Iceland: 18 jam


3. Helsinki, Finland: 17 jam


4. Glasgow, Scotland: 17 jam


5. Ottawa, Kanada: 17 jam


6. London, United Kingdom: 16-17 jam


7. Paris, Perancis: 16-17 jam


8. Zurich, Switzerland: 15 jam


9. Rom, Itali: 15 jam


10. Madrid, Sepanyol: 15 jam




TEMPOH PUASA PALING PENDEK


1. Christchurch, New Zealand : 12 jam


2. Puerto Montt, Chile: 12 jam


3. Buenos Aires, Argentina: 12 jam


4. Jakarta, Indonesia: 13 jam


5. Nairobi, Kenya: 13 jam


6. Karachi, Pakistan: 13-14 jam


7. New Delhi, India: 13-14 jam


*Kuala Lumpur, Malaysia - 13 jam




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapala recyle gambar geng patah leher..tunjuk gambar matahari pun dah memadai dengan tajuk berita.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohtip.plak.gambo.pengemis.tu
Tau la orang mmg banyak derma sana sini time remdan neh..
Well...kelebihan khatulistiwa kan.


Nyanyi sikit lagu suria.khatulistiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang paling pendek negara mn?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 11:32 AM | Show all posts
reputs cari ni memang lembab ke atau suka plagiat?
thread dah ada pun dia buka thread baru..
kelas tersendiri sangat la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2023 12:01 PM | Show all posts
yg paling pendek adalah negara org patah leher
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2023 01:04 PM | Show all posts
during Spring & Summer memang waktu siang akan panjang di negara 4 season. kalau kena puasa waktu Winter best. pendek je waktu siang, subuh pukul 6 pagi, maghrib 4.30 ptg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.883104 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list