View: 3270|Reply: 5
|
Syida Melvin beranikan diri bergerak solo
[Copy link]
|
|
Syida Melvin beranikan diri bergerak solo
Syida bersama suami.
[email protected]
Kuala Lumpur: Pelakon Syida Melvin menepis dakwaan dirinya bergaduh dan tidak sebulu dalam dunia perniagaan dengan adik-beradik lain yang juga selebriti terkenal, Syatilla Melvin dan Syifa Melvin apabila dilaporkan bergerak secara solo.
Enggan mengeruhkan keadaan yang berlaku, Syida,26, yang sebelum ini mengusahakan produk kosmetik dengan tiga lagi adik-beradiknya sekadar mahu memberanikan diri bergerak solo memulakan produk baharu selain enggan terlalu bergantung dengan orang lain.
"Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman itu membuatkan saya yakin menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.
"Tidak mungkinlah kami bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami sudah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.
"Dari awal lagi ketika baru nak membangunkan produk berasaskan kopi, Madani Coffee, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu," katanya.
Menurut Syida, perniagaan yang diusahakannya itu turut dijalankan bersama suami tercinta, Shafiq Shaheen.
Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... -diri-bergerak-solo
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by codenamedream at 27-3-2023 08:58 AM
Artis ke?
Kakak artis rempit bingit
Ada berlakon sikit
Lupa pulak adik beradik, mak, mak mertua, bapak, atuk, pak sedara artis pun boleh ada thread dlm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ngantuk |
|
|
|
|
|
|
|
bukan artis... plusss gerak solo maybe produk2 nak bungkuih la tu... so agen2 sila jual cepat2 yach sebelum hq buang harga macam inai nek ta tu... pergi sewa backhoe dan korek lubang belakang rumah luas2... nanti kambuih2 jah dalam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni artis ehhhhhh . Bingit la adik beradik berjiwa setinggan ni!!!;; |
|
|
|
|
|
|
| |
|