CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8877|Reply: 0

[Perlis] Masjid Ibnu Taimiyyah destinasi terakhir Skuad Seindah Kasih di utara

[Copy link]
Post time 26-3-2023 08:33 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Ibnu Taimiyyah destinasi terakhir Skuad Seindah Kasih di utara


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my





Petugas Skuad Seindah kasih menyampaikan bubur lambuk pada program Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Masjid Ibnu Taimiyyah, Arau. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR




Arau: Masjid Ibnu Taimiyyah, Tambun Tulang, di sini, menjadi destinasi terakhir jelajah Utara Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) yang terus mendekati masyarakat di sekitar kawasan ini.

Dalam kesibukan menjalani ibadah puasa, seramai 25 kru tetap ceria membantu bergotong-royong membersihkan masjid itu.

Pada masa sama, mereka turut menyediakan bubur lambuk, nasi ulam, sayur keladi, gulai umbut pisang, ikan kering dan ulam-ulaman sebagai hidangan berbuka puasa bersama jemaah masjid dari kariah kawasan itu.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang, Wan Zikri Aftar Ishak turut bersama meninjau dan menyiapkan bubur lambuk.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda turut mengagihkan set kelengkapan solat dan tongkat, pakej set iftar iaitu sumbangan minuman isotonik dan 30 unit kotak rezeki yang mengandungi makanan kering untuk kegunaan sepanjang Ramadan.

Malah, pembabitan syarikat elektronik terkemuka, Panasonic turut dipuji apabila menyumbang satu unit alat dingin hawa kepada masjid itu.

Pengerusi masjid itu, Muhamad Shukur Saad berterima kasih kepada Kumpulan Media Prima kerana memilih masjid itu untuk sebagai destinasi akhir program jelajah itu.

"Kami mengalu-alukan kedatangan mereka kerana tidak sangka mereka memilih masjid ini sebagai destinasi mereka.

"Alhamdulillah, semua ini rezeki daripada Allah. Walaupun saya difahamkan mereka sudah pergi ke pelosok daerah dan negeri tetapi apabila mereka memilih masjid ini, ia memberi manfaat besar kepada masyarakat di sini keseluruhannya" katanya ketika ditemui di sini.

Bagi pendakwah bebas, Mohd Safwan Syafiq Mohamad Idris, yang turut serta dalam program berkenaan melihat inisiatif ini bukan sahaja untuk melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) tetapi mendekatkan hubungan sesama masyarakat dalam Ramadan ini.

"Ini bukan sekadar membantu sahaja tetapi lebih daripada itu dari sudut pengisiannya.

"Ini adalah satu usaha Media Prima mendekatkan diri dengan masyarakat sekali gus menunjukkan usaha mereka bukan hanya terhad di skrin televisyen sahaja tetapi 'turun padang' bersama masyarakat menerusi kerja kemasyarakatan," katanya.

Program Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda turut dimeriahkan dengan penyertaan artis dan selebriti seperti pelawak Faiz Tapaw, pelakon dan penyampai radio HotFM, Imran Aqil, pelakon dan penyanyi, Mohamed Razman Abdul Aziz atau dikenali sebagai Aman Aziz dan pengacara platform media sosial, Oh Bulan.

Tambun Tulang adalah lokasi kelima dikunjungi skuad ini selepas Tambun di Perak, Georgetown di Pulau Pinang, Sungai Petani dan Sik di Kedah.



Disiarkan pada: Mac 26, 2023 @ 7:02pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.103788 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list