CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4049|Reply: 7

Pulas Minyak Motor Kuat-Kuat, Ekzos Bising, Bunyi Mercun Macam Bom- Habis Tenggelam Suara Imam

[Copy link]
Post time 24-3-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Setiap kali Ramadan, umat Islam akan mengambil peluang ini untuk menambahkan amal ibadah masing-masing berbanding kebiasaan.


Saf-saf di masjid mahupun surau penuh dengan orang ramai daripada dewasa sehinggalah ke anak-anak kecil untuk menunaikan solat lima waktu termasuk solat sunat tarawih secara berjemaah.


Malah, ramai juga berusaha untuk mengkhatamkan al-Quran selain meningkatkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.




Foto: Kosmo




Pun begitu, masih ada segelintir dalam kalangan kita yang bagaikan ‘kurang’ mahu mengambil kesempatan untuk menambah pahala di bulan yang berkat ini. Malah, sesetengahnya seolah-olah bagaikan mengganggu orang lain daripada memberi tumpuan ketika menjalani ibadah khususnya pada waktu solat isyak dan tarawih tanpa mereka sedari.


Kalau diikutkan pengalaman Ramadan yang sudah-sudah, terdapat segelintir pihak begitu seronok bermain mercun dengan bunyi dentuman yang sangat kuat di kala jemaah di masjid atau surau sedang bersolat.


Bunyi dentuman mercun ini pula bukan biasa-biasa, ia bagaikan bunyi ledakan bom yang bukan sahaja menenggelamkan suara imam ketika membaca surah, malah membuatkan para makmum yang sedang bersolat ‘terkejut beruk’.


Dentuman-dentuman mercun ini pula bukan sekali, malah bersahut-sahutan dan bagai berlawan-lawanan antara beberapa pihak sehinggalah solat tarawih selesai.


Selain itu, terdapat juga segelintir mat-mat motor yang berekzos bising turut tidak mahu kalah apabila bagaikan mahu ‘berlawan’ dengan bacaan imam apabila motor-motor mereka bagaikan ‘berteriak kuat’ ketika bergerak laju berdekatan dengan masjid atau surau.


Yang tak sedapnya, bila masa lalu dekat masjid, masa tu la dipulasnya minyak motor tu ‘sekuat-kuat hati’ bagai nak berlumba sehingga jemaah langsung tak boleh mendengar suara imam yang sedang membaca surah ketika solat.


Benar, perkara ini hanya dilakukan oleh golongan yang segelintir, selain ia berlaku bukannya di semua kawasan dan mereka pun mungkin bukan sengaja atau berniat untuk mengganggu jemaah yang sedang bersolat di masjid.


Namun, tanpa mereka sedari, perbuatan itu telah mengganggu para jemaah yang sedang bersolat selain turut merisikokan diri mereka kepada bahaya.


Kepada mereka yang terlibat, eloklah mulai tahun ini berhentilah daripada bermain mercun seperti itu pada waktu jemaah sedang bersolat di masjid terutamanya pada waktu isyak dan tarawih.


Bukan sahaja pada waktu tersebut, malah pada waktu-waktu lain juga.


Begitu juga kepada mat-mat motor khususnya yang berekzos bising, tak payah lah nak pulas minyak motor sampai satu dunia boleh dengar deruman enjin motor anda terutamanya ketika lalu di kawasan masjid, surau mahupun di kawasan perumahan yang ramai penduduk.


Sedarlah, ia benar-benar mengganggu orang ramai. -CARI


Sumner: kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 11:11 AM | Show all posts
nnt beruk ni kata
alah bukan selalu
setahun sekali je
orang duk kampung ok je
tak suka pindah tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:36 AM | Show all posts
renko replied at 24-3-2023 11:11 AM
nnt beruk ni kata
alah bukan selalu
setahun sekali je


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:37 AM | Show all posts
semoga mat mat motor yg nak lawan bacaan imam tu denga press ekjos kuat2, akan ditimpa musibat seperti dipanah petir
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 12:54 PM | Show all posts
Tempat aku xda pon sbb semua t20 tingg adabnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:06 PM | Show all posts
apa barang pegi masjid beribadat, bagus main mercun pulas minyak kasi bunyi sikit. barulah suasana bulan puasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 B40 memang macam ni la.... Mak bapak tau buat anak je... Tapi tak tau didik dengan adab & disiplin. Alasan 'alah biasalah budak2'.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai2 doa kena lenyek lori, semoga makbul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.201449 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list