CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14920|Reply: 0

[Sabah] Anggota bomba selamat terkena renjatan elektrik

[Copy link]
Post time 23-3-2023 08:55 PM | Show all posts |Read mode


KEBAKARAN: Pasukan dari BBP Papar menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah

PAPAR: Seorang Pegawai Bomba Bantuan (PBB) mengalami kecederaan ringan selepas terkena renjatan elektrik semasa operasi memadam kebakaran di Kampung Sabok Kinarut dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, PBB yang berumur 26 tahun itu dihantar ke hospital menggunakan jentera dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pegawai berkenaan terlibat dalam operasi memadam kebakaran sebuah rumah jenis separuh kekal di kampung itu.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 tengah hari.

"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera.

"Terdapat seorang PBB mengalami kecederaan terkena renjatan elektrik semasa menjalankan operasi pemadaman," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 12.30 tengah hari dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.066639 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list