CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15299|Reply: 0

[Kedah] Zink, bumbung gerai buah berterabur atas jalan dipukul ribut

[Copy link]
Post time 23-3-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Zink, bumbung gerai buah berterabur atas jalan dipukul ribut


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 23, 2023 @ 6:04pm bhnews@bh.com.my






Zink dari bumbung gerai buah bertaburan di atas jalan raya selepas diterbangkan ribut petang tadi. - NSTP. ZULIATY ZULKIFFLI




JITRA: Angin kencang melanda tiba-tiba selama lebih 15 minit menerbangkan zink serta bumbung sebuah gerai buah-buahan di Jalan Kubang Lembu sehingga berselerak di atas jalan raya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang itu turut menyebabkan anak pemilik premis, Nur Alia Najwa, 14, yang membantu di gerai terbabit cedera pada belakang kepala akibat terkena besi dan dihantar ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Pemilik gerai, Khairul Anwar Ahmad, 45, berkata selain anaknya, seorang pekerja gerai buah terbabit turut mengalami kecederaan pada jari.

Mengulas kejadian itu, katanya, ia berlaku terlalu pantas apabila angin kencang menerbangkan gerai buah serta zink premis itu dalam beberapa minit saja.\

Katanya, ini dugaan buatnya untuk berniaga pada hari pertama Ramadan.

"Saya anggarkan jumlah kerugian mungkin lebih RM30,000 sebab atap zink serta gerai rosak teruk, manakala buah-buahan masih elok.

"Apa pun saya bersyukur kerana ketika kejadian keadaan jalan tidak sesak dan gerai juga tiada pelanggan disebabkan cuaca gelap sebelum hujan," katanya.

Sementara itu, kejadian terbabit menyebabkan kesesakan lebih sejam dengan orang ramai serta pekerja gerai membantu membersihkan serpihan zink dan gerai yang bertaburan di atas jalan.

Tinjauan mendapati, anggota polis turut berada di lokasi untuk mengawal keadaan dan laluan dua hala ke Pekan Jitra ditutup dengan sawar-sawar bagi membolehkan kerja pembersihan dilakukan.

Beberapa premis di kawasan kejadian terputus bekalan elektrik akibat tiang elektrik tumbang.



Zink dari bumbung gerai buah bertaburan di atas jalan raya selepas diterbangkan ribut petang tadi. - NSTP. ZULIATY ZULKIFFLI

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Hamizi Wan Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di Pekan Jitra 1 jam 3.30 petang.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah mengarahkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

"Komander Operasi melaporkan keadaan Pekan Jitra dilanda hujan dan ribut.

"Tindakan operasi dilakukan dengan memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji berantai untuk membersihkan laluan jalan.

"Operasi terkawal pada jam 3.42 petang," katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian ribut di kawasan kejadian dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044826 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list