CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 0

[Tempatan] Kemudahan i-Biaya dengan dana RM5 bilion ganti Skim Rumah Pertamaku

[Copy link]
Post time 23-3-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 23-3-2023 04:28 PM


Gambar hiasan - Presiden ANGKASA, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah (tengah) diiringi Pengerusi Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad, Datuk Abd Rahim Hashim (kiri) dan Pengerusi Eksekutif Chester Denai Alam Sdn Bhad, Datuk Howard Chew melihat model rumah pada pelancaran projek perumahan mampu milik Tulip untuk warga koperasi usahasama Koperasi Perumahan Awam Malaysia (KOPAMA) Berhad dan Chester Denai Alam Sdn Bhd di Denai Alam, Shah Alam. NSTP / FAIZ ANUAR

KUALA LUMPUR: Pemohon yang tergolong dalam kumpulan sasaran terbabit di bawah Program Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau mana-mana institusi kewangan yang ada di dalam negara.

Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataannya, berkata walaupun program SRP tidak diteruskan mulai tahun ini, namun kerajaan menerusi Belanjawan Madani 2023 bersetuju meneruskan pembiayaan di bawah SJKP bagi membantu golongan yang terbabit.

"Ia adalah di antara satu Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada tahun 2022.

"Dalam pengumuman Belanjawan MADANI 2023, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad telah bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan," katanya.

KPKT menjelaskan, SJKP adalah program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig.

"Sehingga 31 Disember 2022, seramai 16,808 peminjam menerima manfaat dengan nilai pinjaman 2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP berkenaan.

"KPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Katanya, inisiatif berkenaan akan membolehkan profil pembeli daripada golongan B40 dan M40 lebih kompetitif untuk mendapat tawaran pembiayaan rumah daripada institusi kewangan.

KPKT juga berkata, program SRP diumumkan ketika Belanjawan 2011 adalah bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama.

"Yuran jaminan kepada Cagamas ditanggung kerajaan dan Cagamas menyediakan jaminan supaya pembeli rumah mendapat amaun pinjaman lebih tinggi daripada institusi kewangan.

"Sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan diberi kepada 86,708 peminjam dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Namun, tarikh tutup permohonan SRP ditetapkan pada 31 Mac 2023," katanya.

Semakan dalam sesawang KPKT mendapati, antara syarat kelayakan memohon inisiatif SJKP ialah terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Selain itu, pemohon mesti pembeli rumah pertama dan boleh membuat pembelian rumah sama ada kediaman baru, dalam pembinaan, sedia ada atau lelongan.

Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar bulanan isi rumah RM1,000 ke atas dan tiada rekod tertunggak (CCRIS) melebihi dua bulan bagi tempoh 12 bulan terkini dan tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan untuk memohon SJKP.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1080872/kemudahan-i-biaya-dengan-dana-rm5-bilion-ganti-skim-rumah-pertamaku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.422371 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list