CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500

[Copy link]
Post time 23-3-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500

23 Mac 2023  03:50pm






Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas. - Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

Nadzirah Azizoh @ Azizam, 43, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara jam 2 pagi dan jam 2.25 pagi 19 Mac lepas, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Majistret Azlan Basri turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lagi wanita, Nurul Najihah Abu Bakar, 23, dan Nor Hafiza Rosli, 32, mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka.

Nurul Najihah dan Nor Hafiza masing-masing dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Azlan menetapkan tarikh 28 Jun untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, dua lagi wanita Rozita Abdullah Sani, 33, dan Nurul Aniza Sarizan, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret R.Manomani.

Manomani membenarkan Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula.

Kesemua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil dan M. Darrshini manakala kesemua tertuduh diwakil peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Cheah Eng Soon dan Hazarul Iqram Rozahan. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068031 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list