CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3425|Reply: 2

'Baik Tak Semestinya Berlaga Pipi, Yang Penting Dia Hormat Aku Dan Aku Hormat Dia' - Madu Adira

[Copy link]
Post time 23-3-2023 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Hubungan baik bermadu tidak semestinya perlu dikongsikan untuk khalayak di media sosial.


Demikian pandangan madu kepada penyanyi Adira Suahimi, Syarifah Nor Syafila atau dikenali sebagai Datin Red.




IG




“Bagi pendapat saya, baik itu tidak semestinya akan post dekat media sosial berlaga-laga pipi. Baik itu adalah dia hormat aku, aku hormat dia dan tak masuk campur hal rumah tangga masing-masing.


“Jaga rumah tangga masing-masing… saya kalau dekat luar terserempak dengan dia, kami okay. Dia hormat aku sebagai kakak dan aku hormat dia sebagai adik,” katanya.


Datin Red berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @lynn_ishak dan mendapat perhatian dalam kalangan netizen.


Menerusi perkongsian yang sama, Datin Red turut mendedahkan suami dia dan Adira iaitu Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu yang enggan keluar bersama dua orang isterinya.  


“Aku okay, tapi dia yang takut mengecilkan hati isteri-isterinya,” ujarnya.


Terdahulu, gelagat mesra Adira dan Datin Red yang dilihat sama-sama menghadiri sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur mendapat pujian netizen.




  



  



  




Untuk info, info, Adira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.


Pasangan ini turut dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayoub manakala Perkahwinan Adnan bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 01:39 PM | Show all posts
Datuk Red memang layak kawin banyak. Anak berderet
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa datin ni pun sondol dato red jugak.
so hadap la madu itew seikhlas hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.229304 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list