CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5831|Reply: 0

Buaya Tular Loloskan Diri Dengan Bengkokkan Pagar Besi

[Copy link]
Post time 22-3-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Tular di media sosial dengan aksi seekor buaya cuba meloloskan diri apabila dia membengkokkan pagar besi yang mengelilingi sebuah padang golf di Florida, baru-baru ini.


Lapor UPI, aksi haiwan pemangsa itu dirakam di Kelab Coral Creek di Placida oleh seorang kakitangan, Ericc Dagg yang ternampak reptilia ganas itu cuba memaksa tubuh besarnya melepasi pagar ketika melalui kawasan tersebut bersama abangnya.




AKSI seekor buaya besar menyelinap keluar dari pagar besi di sebuah padang golf di Florida.




Video Dagg menunjukkan buaya itu dengan mudah membengkokkan salah satu palang pagar tersebut sambil menolak badannya melalui bukaan yang sempit.


Bagaimanapun separuh badan dan ekornya tersepit tetapi abang Dagg dengan berani menolak belakang buaya itu untuk membantu kakinya melangkah keluar dari pagar berkenaan.


“Saya sedang bekerja di padang golf apabila melihat buaya itu bergerak dari jauh di sepanjang laluan kereta.


“Buaya itu cuba meloloskan dirinya tetapi akhirnya tersepit sedikit dan abang saya cuba membantu mengeluarkan kakinya melalui pagar,” jelas Dagg.


Video tersebut menerima lebih sejuta tontonan di laman sosial dan ramai warganet terpegun dengan kekuatan buaya tersebut membengkokkan pagar besi seolah seperti palangnya diperbuat daripada plastik.


Ramai warganet turut berpendapat rakaman itu menjadi pengajaran kepada penduduk Florida supaya mencari alternatif lain kerana kebanyakannya bergantung kepada jenis pagar sama untuk menghalang haiwan pemangsa itu memasuki halaman rumah mereka.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.296952 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list