View: 5635|Reply: 13
|
Program Thai Hot Guy Di Kuala Lumpur Batal!
[Copy link]
|
|
Program yang akan dihadiri oleh kumpulan ‘Thai Hot Guy’ pada 30 Mac ini dibatalkan sesuai arahan pihak polis ekoran program terbabit dikaitkan dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Arahan pembatalan dibuat susulan program tersebut menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta pelbagai kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan membatalkan program itu dimuktamadkan ketika pertemuan dengan penganjur dan pengurusan premis pada pukul 2.30 petang tadi.
“Sehingga pukul 4 petang ini, kita telah menerima sebanyak 60 laporan polis bagi membantah penganjuran program tersebut.
“Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ashari berkata, pihaknya telah memberikan amaran keras kepada penganjur supaya program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.
“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program berkenaan dan tiada sebarang aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.
“Pihak polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang,”tegasnya.
Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.
“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai berhampiran,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
kau igt ni danok ke hah...majlis agama korang halang. yg ni halalkan plak!dasarrr bajingann |
|
|
|
|
|
|
|
yg minat buat bisnes night club better semua pindah ke Thailand .... KL dah tak aman, PAS cuma tunggu masa je utk jadi kerajaan pusat
begitu juga bidang entertainment .... dulu P.Ramlee yg paling gempak punya filem semua buat kat Singapore, selepas 1964 P.Ramlee pindah ke KL filem dia mula jatuh
... kang dah tiba masa bidang ni pindah dan berpusat kat selatan Thailand
para LGBT pon sama, tak kira bidang apa LGBT nak ceburi, better go to Thailand, kat negara Islam buat nasi lemak pondan pon tak aman |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bagi ceramah kena ada tauliah
Kalau buat tiger show perlu tauliah ke
Tanya jer |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh punya kerja...dah tahu benda ni akan jadi isu..pi tayang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bukak pub kelab malam disko kena ada tauliah tak? |
|
|
|
|
|
|
|
syukurrrr moga berkat ramadon ini |
|
|
|
|
|
|
|
logik walaun..
Tahniah Menteri KDN dan Menteri Agama Malaysia Madani. Program Thai Hot Guy tidak dapat permit Hiburan dan akhirnya kerajaan telah batalkan penganjuran tersebut.
Berbanding dgn program Kedah Fashion Week dan Bina badan wanita di Kedah berjalan dengan jayanya tanpa ditegur, dikritik dan dihalang oleh Menteri Agama-PAS, MB Sanusi, WALAUN & LEBAI PAS.
BEGITULAH HIPOKRIT PAS !!
|
|
|
|
|
|
|
|
zjen replied at 22-3-2023 09:43 PM
yg minat buat bisnes night club better semua pindah ke Thailand .... KL dah tak aman, PAS cuma tung ...
Kalaulah akak baca suggestion kau ni dulu masa2 muda bertenaga lagi, pasti jadi kata2 semangat untuk akak keluar dari shithole land ini sis. Namun apakan daya sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doridori_hi at 23-3-2023 04:16 PM
Org luar pun kutuk diaorg ni, benda2 mcm ni better stay kt Thailand je... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai abang polis jaguh bina badan .... barangkali kalu deols jemput abang polis weols xde isu, naper saja saja kasi untung kat org Thailand |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan pro LGBT akan menarik perhatian LGBT untuk aktif di Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|