CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5611|Reply: 13

Program Thai Hot Guy Di Kuala Lumpur Batal!

[Copy link]
Post time 22-3-2023 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Program yang akan dihadiri oleh kumpulan ‘Thai Hot Guy’ pada 30 Mac ini dibatalkan sesuai arahan pihak polis ekoran program terbabit dikaitkan dengan aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).


Arahan pembatalan dibuat susulan program tersebut menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta pelbagai kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini.


Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, keputusan membatalkan program itu dimuktamadkan ketika pertemuan dengan penganjur dan pengurusan premis pada pukul 2.30 petang tadi.










“Sehingga pukul 4 petang ini, kita telah menerima sebanyak 60 laporan polis bagi membantah penganjuran program tersebut.


“Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ashari berkata, pihaknya telah memberikan amaran keras kepada penganjur supaya program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.


“Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program berkenaan dan tiada sebarang aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan.


“Pihak polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis berkenaan dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang,”tegasnya.


Sehubungan itu, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam.


“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai berhampiran,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kau igt ni danok ke hah...majlis agama korang halang. yg ni halalkan plak!dasarrr bajingann
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:43 PM | Show all posts
yg minat buat bisnes night club better semua pindah ke Thailand .... KL dah tak aman,  PAS cuma tunggu masa je utk jadi kerajaan pusat

begitu juga bidang entertainment ....  dulu P.Ramlee yg paling gempak punya filem semua buat kat Singapore,    selepas 1964 P.Ramlee pindah ke KL filem dia mula jatuh
...   kang dah tiba masa bidang ni pindah dan berpusat kat selatan Thailand

para LGBT pon sama,   tak kira bidang apa LGBT nak ceburi,   better go to Thailand,   kat negara Islam buat nasi lemak pondan pon tak aman
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la batal
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulau Pondan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Body yang baik dikenang jua
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bagi ceramah kena ada tauliah
Kalau buat tiger show perlu tauliah ke

Tanya jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya kerja...dah tahu benda ni akan jadi isu..pi tayang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:08 AM | Show all posts
Nak bukak pub kelab malam disko kena ada tauliah tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 10:22 AM | Show all posts
syukurrrr moga berkat ramadon ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:31 AM | Show all posts
logik walaun..



Tahniah Menteri KDN dan Menteri Agama Malaysia Madani. Program Thai Hot Guy tidak dapat permit Hiburan dan akhirnya kerajaan telah batalkan penganjuran tersebut.

Berbanding dgn program Kedah Fashion Week dan Bina badan wanita di Kedah berjalan dengan jayanya tanpa ditegur, dikritik dan dihalang oleh Menteri Agama-PAS, MB Sanusi, WALAUN & LEBAI PAS.

BEGITULAH HIPOKRIT PAS !!


Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 22-3-2023 09:43 PM
yg minat buat bisnes night club better semua pindah ke Thailand .... KL dah tak aman,  PAS cuma tung ...

Kalaulah akak baca suggestion kau ni dulu masa2 muda bertenaga lagi, pasti jadi kata2 semangat untuk akak keluar dari shithole land ini sis. Namun apakan daya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by doridori_hi at 23-3-2023 04:16 PM

Org luar pun kutuk diaorg ni, benda2 mcm ni better stay kt Thailand je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:09 PM | Show all posts
ramai abang polis jaguh bina badan ....  barangkali kalu deols jemput abang polis weols xde isu,  naper saja saja kasi untung kat org Thailand
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan pro LGBT akan menarik perhatian LGBT untuk aktif di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.068438 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list