CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3066|Reply: 7

Rafizi Yakin Ekonomi Kekal Kukuh Dan Stabil Tahun Ini

  [Copy link]
Post time 22-3-2023 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin ekonomi di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan stabil tahun ini meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidakstabilan ekonomi global.


Jelasnya, keyakinan itu bersandarkan kepada data yang ditunjukkan bahawa semua sektor ekonomi negara telah pulih kecuali pertanian.


“Berdasarkan unjuran dan data prestasi ekonomi (Malaysia) sekarang, kita Insya-ALLAH tidak akan menjadi lebih teruk daripada zaman (Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi Perdana Menteri.




FB




“Jadi, kalau Pagoh kata mengatakan bahawa kedaaan pada tahun ini akan menjadi lebih teruk daripada sebelum ini, data-data ekonomi yang ada itu tidak menyokong apa yan disebut Pagoh,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN - Pagoh) yang memintanya menyatakan langkah lain diambil kerajaan untuk pemulihan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) susulan tiada pakej rangsangan ekonomi akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh ekonomi mencabar tahun ini.


Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, asas utama kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan pakej rangsangan ekonomi atau bantuan seumpamanya adalah disebabkan tidak mahu negara terus dibebani hutang.


“Walaupun Pagoh mengatakan kerajaan boleh memperuntukkan RM200 hingga RM300 bilion (untuk pakej rangsangan ekonomi) tetapi (Pagoh) tidak sedar bahawa kami terpaksa mewarisi satu beban hutang yang besar.


“Sebab itulah dalam suasana ekonomi yang sudah pun melepasi endemik dan juga bagi memastikan kita menangani cabaran antarabangsa, cara terbaik adalah mengimbangi antara suntikan dan bantuan dengan mengukuhkan keadaan fiskal negara,” katanya.


Tambahnya, kerajaan hari ini juga mewarisi beban hutang yang tinggi susulan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu membuat suntikan fiskal dalam suasana kadar faedah antarabangsa yang lebih tinggi.


“Seperti mana kami warisi (ketika ini) bayaran sehingga RM40 bilion lebih setiap tahun adalah mata-mata untuk membayar hutang yang telah pun diambil sebahagiannya semasa Pagoh menjadi Perdana Menteri.


“Jadi, sebab itu ada cara lain yang kita boleh menjaga kebajikan kumpulan rentan atau PMKS seperti yang telah saya sebut tadi tanpa kita mengambil tindakan berhutang dan menambah hutang seperti diamalkan PN sebelum ini,” katanya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 06:14 PM | Show all posts
patut la banyak business tengah melingkop, takde pakej rangsangan, rakyat tak berbelanja, business mati, tak lama lagi pakat kena buang kerja ramai la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru bulan 3. Tunggu lepas raya nanti
7 bulan merana
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
If you say so...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna artificial intelligence BingAI kettewww?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pemahaman dia sendiri tentang ekonomi kekal kukuh dan stabil ni? Adakah hanya me rujuk pada segelintir golongan aje?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2023 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika x perfom kerja mohon dilucut jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 10:10 AM | Show all posts
Oleh iTTu..pelat tang huruf T
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.264527 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list