CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 0

[Kedah] Harga sayur meningkat 30 peratus menjelang Ramadan

[Copy link]
Post time 22-3-2023 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Harga sayur meningkat 30 peratus menjelang Ramadan

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR   22 Mac 2023    03:38pm






Mohamad Yusrizal (kanan) bertanyakan harga sayuran yang dijual di Pasar Besar Alor Setar pada Rabu.



ALOR SETAR - Peniaga barang basah mengakui berlaku kenaikan harga sehingga 30 peratus melibatkan beberapa jenis sayur menjelang Ramadan di Pasar Besar Alor Setar.

Peniaga, Mansor Yusof, 60, berkata terdapat pengguna yang merungut dengan kenaikan harga tersebut namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana hanya memperolehi keuntungan yang sedikit hasil jualan tersebut.

Menurutnya, tomato dijual antara harga RM5 dan RM6 namun kini mencecah RM8 ke RM10 sekilogram manakala serai pula dijual RM8 seikat berbanding RM3.50 sebelum ini.

"Jika kenaikan tidak terlalu mendadak, saya cuba kekalkan harga sayur untuk menjaga hati pelanggan.

"Baru dua tiga hari ini berlaku kenaikan harga beberapa jenis sayur. Tidak tahu alasan pemborong sebab mereka tidak beritahu. Ada pelanggan merungut juga sebab harga barang mahal (tapi mereka tidak tahu) kita untung RM1 sahaja," katanya semasa ditemui di Pasar Besar Alor Setar, dekat sini pada Rabu.



Ku Asraf Wajidi Ku Hashim






Seorang lagi peniaga, Ku Asraf Wajidi Ku Hashim, 24, mengakui terdapat pelanggan yang membuat keputusan untuk tidak membeli sayur selepas mendapati harga keperluan harian itu meningkat berbanding hari sebelumnya.

Menurutnya, peniaga tidak mempunyai pilihan memandangkan telah membeli sayur tersebut pada harga tinggi daripada pemborong dan faktor utama kenaikan harga sayur ketika ini adalah berpunca dari cuaca buruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.


"Biasanya barang-barang ini datang dari Cameron Highlands. Sekarang ini pun memang harga tinggi, sebelum ini modal RM2.50 atau RM2 sahaja tetapi sekarang mencecah RM5.30.

"Ada pelanggan yang dah pegang sayur tapi bila tahu harga mahal mereka tinggalkan. Kita terasa sebab kita berniaga tetapi nak buat macam mana memang barang mahal," ujar beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff, yang turun melakukan tinjuaan di pasar besar tersebut mendapati kenaikan harga berlalu terhadap beberapa jenis sayur antaranya tomato, cili merah, kacang bendi dan sawi.

Ujarnya, kenaikan itu dipercayai oleh permintaan tinggi peniaga baru bazar Ramadan pada tahun ini yang telah beralih kepada perniagaan makanan.

"Kenaikan harga sayur tidak dapat dikawal melainkan kerajaan melakukan sesuatu untuk memperkasakan sektor pertanian bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi walaupun berlaku peningkatan permintaan secara mendadak.

"Kita dapati tomato dan juga beberapa jenis sayur yang lain seperti kacang bendi, cili merah, sawi dan sebagainya berlaku peningkatan harga 20 hingga 30 peratus.

"Apabila kita tanya kepada peniaga dan peruncit di Pasar Besar ini mereka kata bekalan itu ada tetapi harganya meningkat sedikit kemungkinan berpuncar cuaca dan peningkatan permintaan daripada pelanggan hari ini," kata Mohamad Yusrizal.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.061201 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list