CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4171|Reply: 2

[Kedah] Syukur, rumah mangsa banjir puing di Baling hampir siap

[Copy link]
Post time 22-3-2023 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-3-2023 06:48 PM

Syukur, rumah mangsa banjir puing di Baling hampir siap




Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my





Penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir puing 4 Julai tahun lalu sedang melihat proses pembinaan rumah baharu mereka di Desa KEDA Kampung Sadek, Baling, kini hampir siap. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Baling: Kehadiran Ramadan kali ini memberi 1,000 makna buat mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir puing yang melanda Kampung Iboi di sini, tahun lalu, apabila rumah mereka kini hampir siap dibina.

Penduduk yang ditemui melahirkan rasa syukur, malah ada yang tidak sabar lagi untuk mendiami rumah baharu itu selepas terpaksa tinggal di rumah sewa sejak sembilan bulan lalu.

Bagi ibu tunggal, Maznah Awang, 74, dia tidak mampu menggambarkan perasaannya kerana terlalu gembira melihat rumah baharunya bakal siap tidak lama lagi.

"Selain rumah saya, kediaman lima anak saya turut dihanyutkan banjir puing, sekarang kami semua tinggal di rumah sewa di kawasan agak jauh dari Kampung Iboi.

"Sekiranya hendak beli tanah dan bina rumah baharu, kami memang tak mampu, anak cuma bekerja menoreh getah dan mengambil upah melakukan kerja kampung.

"Saya rasa lebih tenang sekarang, sebelum ini rumah yang dihanyutkan banjir puing tidak secantik rumah baharu kami, kami memang hidup dalam serba kekurangan, saya harap kami dapat berpindah ke rumah baharu secepat mungkin," katanya ditemui.

Pembinaan 12 rumah mangsa banjir di Desa KEDA Kampung Sadek di sini, yang dijanjikan kerajaan negeri kini hampir siap selepas berlaku kelewatan dalam jadual pembinaannya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan, rumah baharu untuk mangsa banjir puing itu dijangka siap Disember tahun lalu, namun berlaku kelewatan menyebabkan penduduk terpaksa terus menyewa.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Lateh, 73, berkata, dia bersyukur melihat perkembangan rumah baharu itu selepas menanti dengan penuh sabar.

"Dapat tinggal di rumah sendiri ini perasaannya lain daripada tinggal di rumah sewa, sekarang ini walaupun tak sempat berpindah sebelum puasa, kami harap dapat masuk selepas Aidilfitri.

"Semoga tiada lagi halangan selepas ini, saya akan dapat kembali berjiran dengan saudara mara yang turut kehilangan rumah dalam banjir puing sebelum ini," katanya yang juga pesara tentera tidak berpencen.

Kejadian banjir puing pada 4 Julai lalu menyebabkan 41 kawasan di Baling terjejas.

Kejadian turut mengorbankan tiga nyawa, termasuk wanita hamil, serta mengakibatkan kerugian berjumlah RM28 juta.




Disiarkan pada: Mac 22, 2023 @ 12:42pm














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2023 06:49 PM | Show all posts




Sebanyak 12 unit rumah yang dibina untuk mangsa banjir puing Kampung Iboi, 4 Julai tahun lalu, di Desa KEDA Kampung Sadek, Baling. - Foto NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2023 06:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.052607 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list