CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3561|Reply: 0

Status juara dunia tiada kelebihan

[Copy link]
Post time 22-3-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

MESSI (tengah) menjalani latihan bersama rakan sepasukan. FOTO AFP

Buenos Aires: Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni berkata pemainnya perlu mengekalkan tahap daya saing tinggi selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan penalti untuk memenangi Piala Dunia buat kali ketiga di Qatar tahun lalu.

Menjelang perlawanan persahabatan Jumaat ini menentang Panama, Scaloni bercakap mengenai skuad yang akan menampilkan kapten, Lionel Messi serta barisan pemain lain yang dinobatkan sebagai juara dunia, Disember lalu.

"Kami adalah juara dunia, tetapi itu tidak bermakna kami boleh melakukan segala-galanya. Hanya kerana kami menang, kami tidak boleh melakukan apa sahaja yang kami mahu, itu yang mereka (pemain) perlu faham," katanya pada sidang akhbar.

Jurulatih itu berkata objektif utamanya selepas memenangi Copa America, 'Finalissima' dan Piala Dunia, adalah untuk pemain memahami bahawa mereka mesti kekal berdaya saing.

"Mesejnya ialah proses baharu bermula semula. Bergelar juara dunia tidak ada kelebihan, kami perlu terus berusaha.

"Menyarung jersi Argentina tidak membenarkan anda tidak memberikan yang terbaik, itu jelas kepada semua. Apapun tidak salah untuk meraikan kejayaan, tetapi kami perlu melaksanakan tugas kami di atas padang," katanya.

Mengenai barisan pemain untuk perlawanan Jumaat ini, Scaloni berkata pemain yang beraksi pada perlawanan akhir Piala Dunia akan membarisi kesebelasan utama.

"Saya mahu orang ramai menonton aksi mereka," tambahnya.

Pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho dan penyerang Sevilla, Alejandro 'Papu' Gomez, yang tidak dapat ke Argentina atas arahan kelab Sepanyol itu, adalah dua pemain yang tidak hadir dalam skuad kerana kecederaan.

Sementara itu, Scaloni yang dinobatkan sebagai jurulatih lelaki terbaik Fifa bulan lalu berkata perdebatan sama ada beliau dapat membentuk pasukan Argentina terbaik dalam sejarah adalah tidak penting.

"Kami semua bermain untuk Argentina, kami adalah juara dunia, siapa peduli siapa yang terbaik atau yang paling teruk," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nia-tiada-kelebihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051899 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list