CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 9

Aina Abdul Rehat Menyanyi, Fokus Ibadah Dan Berpuasa Di Makkah

[Copy link]
Post time 21-3-2023 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Setahun dah sibuk dengan aktiviti seni, Aina Abdul nak berehat buat sementara untuk memberi fokus kepada ibadah sempena kedatangan bulan Ramadan.


Lebih istimewa, pelantun lagu Terus Hidup itu akan menyambut Ramadan buat kali pertama di Tanah Suci Makkah.


Kongsi Aina, dia akan menjejak kaki ke Makkah pada esok (Rabu), iaitu sehari sebelum Ramadan bersama ibu dan kakaknya.


Foto: IG




"Saya bertolak ke Tanah Suci menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan kakak, esok. Ini adalah kali pertama, saya tak pernah menjejak kaki ke Makkah dan Madinah sebelum ini.


"Alhamdulillah, kali ini saya diberi peluang dan teruja memandangkan saya juga sudah lama bekerja. Jadi, sudah tiba masanya saya mengambil ruang membersihkan diri.


"Jujurnya, saya menanti masa untuk menunaikan umrah. Jadi, saya akan menyambut Ramadan, di mana separuh Ramadan saya akan menumpukan perhatian pada amal ibadah," katanya kepada BH Online.




  



Kata Aina, dia mahu merasai pengalaman dan perbezaan menjalani ibadah puasa di Makkah dan Madinah.


"Ramai ahli keluarga dan rakan mengatakan saya berani ke Tanah Suci Makkah pada Ramadan. Ini kerana umat Islam berpusu-pusu ke sana pada bulan puasa. Orang kata cabarannya dua kali ganda.


"Saya rasa kena pergi dahulu dan rasa sendiri barulah boleh menilai. Tak mahu hanya mendengar kata-kata orang, saya mahu mencuba sendiri. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja," katanya.




  



Justeru, Aina berkata, dia benar-benar mahu memanfaatkan dua minggu dengan beribadah dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur untuk melunaskan kerja seninya.


Aina berkata, sebaik pulang dari Makkah akan mengumumkan pembabitannya menerusi konsert bersama penyanyi Indonesia, Judika.


"Saya teruja dengan konsert bersama Judika. Ini disebabkan saya menantikan peluang ini.


"Selain itu, saya juga akan mengeluarkan lagu raya, sekitar Ramadan ini," katanya.




  



Dalam perkembangan lain, Aina bersyukur apabila persembahan menerusi Konsert Minggu Ini (KMI) yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada Rabu lalu mendapat sambutan sangat memberangsangkan.


"Saya dengar cerita dari produksi RTM, ada yang datang jam 9 pagi beratur untuk mendapatkan tempat duduk. Ada juga beratur, tetapi tidak dapat masuk sebab terlalu penuh.


"Ada bergilir-gilir masuk dan tukar giliran. Macam-macam saya dengar. Jadi, saya bersyukur kerana saya tak sangka impak konsert ini begitu besar.


  



"Sejujurnya, saya terharu dengan sambutan hangat. Saya sangkakan susah nak datang, tetapi sebaliknya berlaku. Sememangnya, malam itu peminat memberikan kerjasama sangat baik.


"Ada peminat datang dari Singapura, Brunei Darussalam dan sebagainya. Alhamdulillah," katanya.


Pada konsert yang bakal ditayangkan di TV2 itu, Aina turut menampilkan Amir Masdi dan Tuju sebagai artis undangan. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon suka pakai pelik2, itulah cara dia nak kekal relevant..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Good for you dik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di permudahkan urusan ibadah dek aina, jangan lupa habis umrah nanti kita singgah hatyai jap untuk buat laser tutup permukaan muka berlubang2 tu yang boleh takung air lepas mandi.

Supaya balik Malaysia nanti takde la jiran2 call kementerian kesihatan berjemaah suruh abam kementerian sembur asap bunuh nyamuk kat muka dek aina untuk bunuh jentik2 nyamuk aedes yang bertakung kat wajah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-3-2023 01:11 AM
Semoga di permudahkan urusan ibadah dek aina, jangan lupa habis umrah nanti kita singgah hatyai jap  ...

Dalam kan lubang dia... Tapi ambil masa kot kak dud nak repair balik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerja keras... Dan reward diri sendiri pergi umrah... Bagus la...
Kalau artis lain terus ke London...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 22-3-2023 01:11 AM
Semoga di permudahkan urusan ibadah dek aina, jangan lupa habis umrah nanti kita singgah hatyai jap  ...

Dalam kan lubang dia... Tapi ambil masa kot kak dud nak repair balik...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 08:22 AM | Show all posts
konsert minggu ini dah ada balik yach?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 09:50 AM | Show all posts
sleepandream replied at 22-3-2023 08:22 AM
konsert minggu ini dah ada balik yach?

Konsert Minggu Ini RTM dah ada la..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni, kalau dia ke London atau Paris, org tak boleh tanya, ko dah ke Makkah ke deyk?

Semoga dipermudahkan buat ibadah kat sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.180071 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list