CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1935|Reply: 1

Britain Tawar 20 Pekerjaan Dengan Gaji Lumayan Tanpa Perlu Ada Ijazah

[Copy link]
Post time 21-3-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode
The Sun melaporkan, laman pencarian pekerjaan Britain, Adzuna menunjukkan pengurus permainan kasino menawarkan pekerjaan dengan gaji paling lumayan tanpa memerlukan kelayakan akademik.


Laman tersebut menyenaraikan 20 pekerjaan yang tidak memerlukan kelulusan universiti, namun mampu menawarkan gaji jauh lebih daripada purata gaji tahunan Britain iaitu sebanyak  £33,000 (RM180,352).





Gambar hiasan





“Ada antaranya menawarkan gaji sehingga £90,000 (RM491,871) setahun dan untuk kebanyakan jawatan, pengetahuan dan skil adalah lebih penting daripada pendidikan formal.


“Sekeping ijazah universiti tidak lagi menjadi ‘tiket’ kepada kerjaya bergaji lumayan kerana lebih banyak industri ingin mengembangkan kumpulan bakat mereka kepada rangkaian pemohon yang pelbagai selain turut menawarkan latihan semasa bekerja,” kata pengasas bersama Adzuna, Andrew Hunter.


Tambah Hunter, sektor teknologi maklumat (IT) adalah contoh terbaik di mana jawatan seperti pakar scrum, penggodam beretika dan pembangun perisian dibuka kepada calon yang mahir walaupun tidak mempunyai ijazah dalam bidang sains komputer.




Mirror




Contohnya, pakar scrum yang bertindak sebagai pengurus projek untuk IT dan pembangunan teknologi boleh menerima bayaran sehingga £62,000 (RM338,784) setahun.


Selain itu, juruterbang komersial, penggodam beretika dan pengawal trafik udara juga antara pekerjaan yang menawarkan gaji sehingga £60,000 (RM327,855) setahun.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak.jd air traffic controller kn pandai baca bearing...kan salah baca..naya kat pesawat dan org2 dlm pesawat je   huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.146317 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list