CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 1

[Jenayah] PDRM akan panggil semula saksi kes kematian Beng Hock

  [Copy link]
Post time 21-3-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 21-3-2023 10:44 AM



SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semula saksi-saksi berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 bagi melengkapkan kertas siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada tahun 2018, PDRM telah membuka kembali kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah).

“Kertas siasatan tersebut telah dikembalikan oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) kepada pegawai penyiasat (IO) pada 6 Januari 2023.

“Pihak PDRM telah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi-saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan tersebut kepada AGC bagi arahan selanjutnya,” kataya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan status siasatan semula mendiang Teoh Beng Hock sejak 2018 dan kesudian Kerajaan Perpaduan menubuhkan satu pasukan siasatan baharu untuk menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang merupakan Setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.


https://www.sinarharian.com.my/article/250686/berita/semasa/pdrm-akan-panggil-semula-saksi-kes-kematian-beng-hock

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 11:08 AM | Show all posts
kes pegawai kastam meninggal kat SPRM tu taknak check jugak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.296139 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list