PETALING JAYA – Seorang murid darjah enam di Sabah, menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.
“Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.
Foto: FB
Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja.
Di ruangan komen ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.
“Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.
“Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.
“Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula. – CARI
Post time 20-3-2023 06:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Haa tak yah rebut2 ye dik
Tung ahh
Kenapa dibuat sekolah kat kawasan takde orang?
Kat selangor ni selagi ada tanah kosong selagi tu la dia duk bina rumah tanpa amik kira sekolah yg ada dah cukup ke menampung penduduk yg ada