CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2892|Reply: 3

Hantar Anak Masuk Darjah Satu, Ibu Sanggup Pakai Kostum Doraemon Ke Sekolah

[Copy link]
Post time 20-3-2023 02:16 PM | Show all posts |Read mode
JEMPOL: Seorang ibu sanggup untuk memakai kostum watak kartun Doraemon bagi menghantar anaknya yang memasuki tahun satu ke sekolah pagi tadi.


Selain untuk anaknya, Nur Dhia Imani Norazli, 7,  Shafiqah Khairul Azhar, 32, juga sememangnya berhasrat menggembirakan kira-kira 200 orang murid yang menghadiri hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Ilir di sini.


Foto: Utusan






Menurutnya yang berasal dari Kampung Serting Ilir, dia tidak kisah memakai kostum itu malah anaknya juga sebenarnya sudah biasa melihat dirinya dalam keadaan sebegitu.


“Kostum Doraemon ini saya beli sejak lima tahun lalu, sebelum ini ia digunakan untuk menyambut pengunjung gerai makanan di Homestay Lonek. Kali ini saya pakai untuk menghiburkan anak saya malah seluruh warga sekolah.


“Anak tidaklah terkejut apabila melihat saya memakai kostum ini namun sedikit lucu apabila dia memberitahu Doraemon tidak pernah memandu kereta.


“Apabila sampai di sekolah dia pun tidak kisah berjalan bersama malah dia kelihatan teruja kerana dihantar Doraemon ke sekolah,” katanya hari ini.




Foto: Utusan







Nurulazma Shafiqah yang merupakan bekas wartawan sambilan Utusan Malaysia berkata, murid-murid sekolah juga gembira kerana saya turut membawa bungkusan coklat yang merupakan sumbangan daripada pemimpin masyarakat setempat.


“Alhamdulillah, pihak sekolah juga menyambut baik inisiatif ini yang sememangnya mahu memberikan kelainan dan menghiburkan murid-murid yang hadir ke sekolah terutamanya murid tahun satu,” katanya.-CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel jer mak2 mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Moyangkucing at 20-3-2023 05:26 PM

Kuyush doraemon nya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057522 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list